Khabar angin yang menyatakan di mana Tesco Malaysia akan menukar nama kepada Lotus’s akhirnya terjawab selepas beberapa orang pengguna termasuk pekerja Tesco sendiri mengakui desas-desus tersebut.
Menerusi tweet oleh seorang pengguna Twitter mendakwa bahawa bermula harini Tesco secara rasminya akan dikenali sebagai Lotus’s tidak lama lagi.
Menurut sumber, salah seorang pengguna Twitter yang mengakui dirinya sebagai pekerja di syarikat tersebut turut memaklumkan perkara yang sama.
Jelasnya lagi, segala produk jenama Tesco juga akan diberhentikan. Stok yang sedia ada akan dihabiskan dan tidak akan masuk lagi.
Seorang pengguna Twitter yang lain juga menunjukkan bukti yang Tesco secara rasmi sudah menukar nama kepada Lotus’s.
Menurutnya, dia pergi membeli barang keperluan di Tesco namun apabila check-in menggunakan aplikasi MySejahtera, bukan lokasi Tesco yang dipaparkan pada skrin malah Lotuss Store.
Hari ini adalah hari pertama aku bebas dari kuarantin berbelas² hari. Benda pertama buat adalah pergi shopping groceries di Tesco.
Rupanya²nya Tesco dah diambil alih. Sedihnya juga, ini bermakna pengguna tidak akan dapat membeli barang² berkualiti jenama pengeluaran Tesco lagi. pic.twitter.com/LqaGCi0LNF
— Cikgu (@Aweeff) February 15, 2021
Sumber: Siakap Keli, Aweeff