Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pekerja KFC Mengeluh & Kecewa Dengan Sikap Pelanggan Yang Menyusahkan

Pekerja KFC Mengeluh & Kecewa Dengan Sikap Pelanggan Yang Menyusahkan

Kategori:
PEKERJA KFC

Bekerja dalam industri Food and Beverage (F&B) bukanlah sesuatu yang mudah. Selain dari waktu kerja yang pangjang dan tidak menentu, ianya juga memerlukan tenaga fizikal dan kesabaran yang tinggi.

Selain perlu memastikan operasi restoran berjalan dengan lancar, pekerja perlu juga berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan sepangjang waktu mereka bekerja. Ada yang baik dan bersopan-santun, ada juga yang sebaliknya. Hakikatnya masih ramai pelanggan di luar sana yang tidak berfikir pangjang dan suka menyusahkan pekerja restoran.

Pekerja KFC Mengeluh Dan Kecewa Dengan Sikap Pelanggan

Setelah seharian penat bekerja, seorang pekerja KFC telah melakukan kerja mengemas dan mengemop lantai sebelum menutup restoran itu pada hari tersebut. Namun, dia terpaksa mengulangkan pekerjaan itu kerana tindakan pelanggan yang telah menyusahkannya.

Berkongsi hal tersebut di laman TikTok menerusi akaun pemburu_content, pekerja tersebut terkilan apabila mendapati restoran itu dalam keadaan bersepah dan kepingan glitter dan cebisan kertas berwarna berada di lantai. Malah meja juga kelihatan kotor dan dipenuhi dengan makanan yang telah dipesan. PEKERJA KFC

Hal tersebut amat mengecewakannya kerana dia baru sahaja melakukan kerja pembersihan sebelum ingin pulang. Tambahnya, jika pelanggan ingin berbuat begitu, janganlah sehingga menyusahkan pekerja yang terpaksa pulang lewat untuk mengemaskannya.

https://www.tiktok.com/@pemburu_content/video/7060465077828291867?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@pemburu_content org penat krja nak balik.. tapi time2 nak tutup kedai main benda ni.. nak main pun jangan lah waktu nak tutup kedai… #fyp #fypシ #foryou #foryoupage ♬ original sound – Pemburu Content

Menjengah di ruangan komen, perkara itu juga mengecewakan segelintir warganet. Menurut mereka, pelanggan seharusnya bertimbang rasa dan memiliki common sense.

Mana Common Sense? PEKERJA KFC

Ada juga pihak yang berpendapat bahawa warga Malaysia mengamalkan sikap penduduk luar negara yang selalu mengemaskan meja makan mereka setelah makan dan membuang makanan sendiri bagi memudahkan pekerja.

Tiru Sikap Negara Lain PEKERJA KFC

Walaupun pelanggan itu mempunyai hak, namun janganlah sehingga menyusahkan pekerja sebegitu. Apa salahnya kita mengambil masa untuk mengemas sisa makanan dan sampah-sarap yang ada bagi membantu pekerja-pekerja di restoran itu. Jangan suka menjadi jenis manusia yang suka menyusahkan orang lain.

Kredit: TikTok pemburu_content

Baca Juga: Beria Beli Coklat Di Cameron Highlands, Akhirnya Lelaki Ini Kena Scam Dengan Peniaga!

 

tags: |