Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jatuh Air Mata Dia..”, Pelanggan Ini Tanya ‘Adik Okay Ke?’, Pekerja Restoran Makanan Segera Tiba-Tiba Menangis

“Jatuh Air Mata Dia..”, Pelanggan Ini Tanya ‘Adik Okay Ke?’, Pekerja Restoran Makanan Segera Tiba-Tiba Menangis

Kategori:
pekerja restoran makanan segera

Krisis pekerja dalam industri makanan memang tidak menampakkan solusi. Tidak tahu hujung pangkal masalah sebenar, pekerja dalam industri ini terus menerus mengalami masalah kekurangan pekerja.

Tetapi apa yang pasti, paras gaji adalah punca utama yang menjadi pokok pangkalnya. Ramai bersependapat bahawa tugasan sehari-hari tidak berbaloi dengan pendapatan gaji yang diperoleh. Oleh hal demikian, kekurangan pekerja menyebabkan operasi perniagaan lambat.

“Jatuh Air Mata Dia..”, Pelanggan Ini Tanya ‘Adik Okay Ke?’, Pekerja Restoran Makanan Segera Tiba-Tiba Menangis

Terbaharu, seorang pengguna Twitter bercerita mengenai pengalamannya melihat situasi di sebuah restoran makanan segera. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di lokasi Penang Sentral.

Dia melihat situasi di mana sebuah restoran makanan segera mengalami kekurangan pekerja menyebabkan orang beratur ramai ketika hendak memesan pesanan di kaunter. Bermulalah kisah-kisah yang menyedihkan hati.

pekerja restoran makanan segera

“4 jam abang duduk perhati benda ni di Penang Sentral. Pengurus ada seorang, pekerja ada 2 orang. Seorang jaga kaunter, satu di belakang memasak. Orang beratur tak berhenti-henti sampai ke luar.

“Bila tanya adik tu, “adik okay ke?” bercucuran air mata dia.

Lelaki itu menambah, dia betul-betul respect dengan orang yang bertahan bekerja dalam industri dan bidang F&B.

“Berpuluh kali respect bagi mereka yang masih bertahan dalam bidang F&B ni. Nakk hadap kerenah pelanggan, berlari ke sana sini, stress nak hadap order Grab/Foodpanda.

Menurutnya, pelanggan juga harus ada sifat kemanusiaan terhadap pekerja F&B, bukan sesuka hati marah. Haruslah melihat situasi restoran berkenaan dan jangan mengikut emosi.

“Memang kita rasa nak marah beratur lama-lama nak makan, kita bayar cukai la apa semua tapi cuba la pertimbangkan sifaat kemanusiaan sesama manusia.

Ni tidak kira nak hentam ja,” ceritanya mengenai pekerja restoran makanan segera.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa yang sama. Ada juga yang menceritakan pengalaman sebagi pekerja F&B.

Misalnya, Nurnadirah bercerita, dia juga pernah berada dalam situasi sama di mana dirinya menahan tangis semasa bekerja di industri F&B.

“Betul, time customer tanya ‘kerja sorang ke?’, memang time tu rasa nak nangis. Instead of explain, mostly akan pilih untuk diam ja. Dalam hati memang tahan air mata.

Pilih Diam Je, Tahan Nangis..

pekerja restoran makanan segera

Selain itu, ada juga netizen lain yang membandingkan pengalaman bekerja dalam bidang F&B di negara jiran, Singapura.

Kerja Di Singapura, Kena Pantas Cekap

pekerja restoran makanan segera

Melihat kepada isu pekerja restoran makanan segera ini, banyak faktor dan jalan harus difikirkan untuk menyelesaikan isu tersebut. Mentaliti bekerja dalam bidang F&B juga haruslah diubah kerana ada yang bekerja kerana minat mendalam dengan bidang ini. Dan ia harus diraikan.

Dan, sistem F&B juga haruslah membela pekerja bawahan kerana pekerja yang menggerakkan operasi syarikat.

Sumber: Hazwan Hafiz

Baca juga: “Serious Lah Ada Order Dekat Sini?”, Rider Foodpanda Hadapi Kisah Seram Masa Hantar Pesanan, Ini Ceritanya..

tags: | |