Cabaran bagi peniaga atau tauke kedai adalah apabila pekerja mereka tiba-tiba tidak masuk bekerja. Jadi terpaksalah peniaga ini bertungkus lumus, pergi sana pergi sini menguruskan apa yang patut. Namun kadang kala terlalu banyak perkara yang perlu diurus menyebabkan ada satu dua yang terlepas pandang.
Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh seorang individu di laman facebook berkenaan dengan pekerjanya yang tidak masuk bekerja tanpa alasan munasabah. Sehinggakan dia berkejaran untuk mengurus 2 kedai dalam satu masa. Termasuklah menghantar anaknya ke sekolah.
Sewaktu berada di rumah, dia sempat membuat air gula sebanyak 2 kilo. Dengan api yang sederhana besar dia cairkan air gula tersebut di atas dapur. Niat di hati untuk tutup api apabila ingin keluar rumah nanti. Namun wanita tersebut terlupa. Setelah dia keluar rumah, dia mendapat panggilan dari emaknya yang tinggal bersebelahan mengatakan tingkap dapur berasap-asap.
Air gula kembang semangkuk Dayang senandungDisebabkan slh sorang staff gerai roti hakak sengaja tk masuk syif kerja hr ini tnpa alasan munasabah,,hakak rushing sesangat nk uruskan 2 gerai dlm 1 masa sekali dgn hantar anak bongsu skolah.duk tenggek air gula 2 kilo buka api sederhana besar,mmg dh set dlm kpla sblom nk tinggal umah..matikan api dapur.rupanya akk terlupa terustgah sedap layan karenah cust2 di gerai,mak sebelah umah hakak call bertubi2.katanya tingkap dapur berasap2sepantas fast furious driver drift hakak pecut balik umah tgok dapur khas brg utk niaga.pelik pulak api dah dimatikan.kata adik bongsu dia tolg tutup ikut jejaring tingkap tu.Allahhhh,,,kering darah di jantung ni dup dap dup DAP berdebar risaukan keselamatan ngeri terbayang umah terbakarsedara sedari,jika kita ni bekerja dgn majikan,tolonglah tepati masa anda n beritahu awal2 kpda majikan jika tidak DPT hadir utk bertugas.Majikan pun manusia biasa juga,bukan robot nk ingat n hadap smua keje tgjwab yg mmg tugas kamu sbgai pekerja.Apapun pekerjaan sedara sedari.Jalankan tugas & amanah manjikan dgn sebaiknya,jujur,amanah,KOMITEDNi bukan masak tak jadi min….air Gula masak tak menjadi…sedihhhhhhhh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku. Malah ada juga yang sempat meninggalkan beberapa nasihat agar tidak menyalahkan pekerja.
Sumber: SN Legacy SaraNajwa Via MATJHI