Hari guru merupakan hari untuk memperingati jasa guru di Malaysia ini. Tanpa mereka, takkan terlahir pelajar cemerlang yang dapat memberi jasa kepada Negara Malaysia sendiri. Orang-orang yang berjaya semua bermula dari bawah dan dibimbing oleh tenaga pengajar.
Sebab itulah akan ada ramai anak murid yang memberi hadiah kepada guru mereka pada setiap 16 Mei. Sekolah akan anjurkan hari guru untuk memperingati jasa guru-guru. Namun, ada pelajar malu untuk memberi hadiah kepada gurunya kerana fikir tak seberapa seperti pelajar ini bagi nenas kepada gurunya.
Guru ini bernama zirarizwan memuatnaik video comel ini di laman media sosial TikToknya di mana seorang anak muridnya memberi sebiji nenas. Tapi apa yang lagi yang comel adalah anak muridnya sorok di bawah meja guru itu kerana malu jika diejek oleh rakan kelasnya.
Wahai anak murid, usahlah kamu malu kerana nenas sekarang mahal harganya.
Anak murid beliau memberitahu bahawa ayahnya sendiri suruh hadiahkan kepada beliau kerana ayahnya juga seorang penjual nenas di pasar.
Tidak perlu untuk dimalukan kerana ini juga adalah salah satu tanda peringatan kepada guru.
“Terima kasih Aina & Ayah, takdak apa yang nak dimalukan. Terima kasih untuk ingatan tulus ikhlas.”, ujar beliau di tulisan atas video itu.
@zirarizwan Terima kasihhhh anak anak semua 🥰 #hariguru
♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
@zirarizwan Terima kasihhhh anak anak semua 🥰 #hariguru ♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
Meninjau di ruangan komen, netizen memberitahu bahawa nenas sekarang mahal dan cikgu ini sangat beruntung kerana dapat pelajar dan kedua ibu bapa pelajar yang baik hati.
Janganlah malu wahai anak-anak murid, setiap pemberianmu mesti akan dihargai oleh guru kalian kerana mereka juga tidak sangka ada insan yang mengingati mereka.
Mereka akan sentiasa mengingati anda sampailah anda dewasa.
Kredit: zirarizwan