Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Malu Minta Plastik Dari Peniaga Kedai Makan, Pelanggan Ambil Keputusan Buat Cara Ni Untuk Bungkus Baki Makanan

Malu Minta Plastik Dari Peniaga Kedai Makan, Pelanggan Ambil Keputusan Buat Cara Ni Untuk Bungkus Baki Makanan

Kategori:
bungkus baki makanan

Biasanya, jika kita berkunjung ke kedai makan ataupun restoran, pasti ada masanya kita tidak dapat menghabiskan makanan yang dipesan. Mungkin kerana faktor kenyang ataupun masa yang singkat kerana ada urusan lain yang perlu disambung.

Dengan itu, perasaan bersalah kerana telah melakukan pembaziran muncul. Jadi, nak tak nak, baki makanan itu haruslah dibungkus untuk mengelakkan amalan pembaziran daripada berlaku.

Malu Minta Plastik Dari Peniaga Kedai Makan, Pelanggan Ambil Keputusan Buat Cara Ni Untuk Bungkus Baki Makanan

bungkus baki makanan

Bercakap mengenai hal ini, sebuah video telah tular di laman TikTok apabila menunjukkan seorang wanita juga pelanggan mengambil keputusan untuk membungkus baki makanan dengan caranya sendiri.

Katanya, sebagai seorang yang pemalu untuk minta plastik, dia sudah membuat persiapan awal dengan menyediakan plastik daripada rumah. Senang dan jimat.

“Siapa sama macam saya? Dalam kereta mesti standby plastik and tupperware. Biasa kalau kuaah tomyam atau sup tak habis mesti bungkus. Nak minta plastik malu, nasib bawa sendiri.

“Senang apa tau? Kalau aku malas nak masak, nanti aku panaskan kuahnya lepastu letak ayam je,” tulis pemilik video dalam kisah pelanggan bungkus baki makanan tersebut.

“Bawa Plastik Dari Rumah, Bungkus Baki Kuah Tomyam, Nanti Nak Makan Dekat Rumah Letak Lauk Je..”

bungkus baki makanan

@syahirasaleh siapa sama mcm saya?? #fyp ♬ Hanya Aku Yang Mencintaimu Guitar – Muaji N.A

Melihat ruangan komen netizen, ada yang memberi komen bahawa mereka juga membuat perkara yang sama. Dan, ada juga yang menyatakan mereka hanya minta terus kepada peniaga makanan untuk membungkus baki makanan yang tidak habis.

“Saya pun. Walau sedikit mesti nak bungkus. Sayang tak habis. Bukan senang cari duit weh,” komen netizen bernama Asiah memberi komen terhadap video pelanggan bungkus baki makanan di kedai makan itu.

“Betul sis, saya minta je plastik. Air pun saya tapau sebab anak minum aair sikiit je,” kata netizen lain dengan nama Norliza.

“Tak membazir. Dulu saya malu, sekarang tak habis mesti bungkus,” ujar Norainie88.

Bagus Cara Ini, Tak Membazir

bungkus baki makanan

Melihat kepada hal ini, untuk kedai makan lain, jika tidak keberatan bolehlah tiru cara kedai makan Garden Western Grill yang menyediakan khidmat layan diri untuk bungkus makanan yang tidak habis. Dan pelanggan pun jangan segan untuk minta bungkus okay daripada melalukan pembaziran.

Semoga kita semua tidak membazir dalam berbelanja okay! Mari berjimat-cermat semuanya.

Sumber: Syahirasaleh

Baca juga: “Buat 35 Kg, Tak Habis 30 Kg..”, Peniaga Terpaksa Buang Barang Jualan Demi Jaga Kualiti, Tak Dapat Sambutan Akibat Lambakan Event Lain

tags: | |