Sebagai seorang peniaga di kedai makan, semestinya kita beria sahaja apabila mendapati ramai pelanggan yang mengunjungi premis kedai makan milik kita. Bukan sahaja gembira bila mendapat rezeki, tapi wajah setiap pelanggan yang ceria ketika menikmati setiap hidangan adalah sangat memuaskan.
Semestinya para peniaga bersungguh-sungguh untuk beri yang terbaik pada pelanggan. Bukan sahaja hidangan perlu enak, tapi suasana kedai perlulah selesa juga untuk pelanggan. Jika tersalah sedikit, perkara itu pasti akan mengecewakan pelanggan.
Di laman TikTok, seorang pengguna, steamboatgrillhouse, memuat naik sebuah video dan berkongsi suasana ceria di kedai makannya baru-baru ini.
Kedai makan kelihatan penuh dengan pelanggan, malah ada juga pelanggan yang sedang sibuk menguruskan sebuah sambutan kecil di luar, peniaga itu berasa berpuas hati melihat mereka gembira sambil menikmati hidangannya.
Namun, tak diduga, bekalan elektrik di kedai makan itu tiba-tiba sahaja terputus, memaksa mereka semua untuk berada dalam keadaan yang gelap sementara menanti bekalan elektrik kembali. Walaupun begitu, masih ada juga beberapa pelanggan baru yang beria untuk ke kedai itu walaupun terpaksa makan dalam keadaan yang gelap gelita untuk sementara waktu.
@annsteamboatgrillhouse
@steamboatgrillhouse Tak jangka benda nak jadi 😓 #fyp #blackout ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎
Menjengah di ruangan komen, warganet jelas terhibur melihat perkara itu. Usik mereka, keadaan gelap gelita itu menjadikan suasana lebih romantik, sesuai untuk candle light dinner.
Sesiapa sahaja tak akan terkejut apabila mendapati kedai makan tiba-tiba sahaja berubah menjadi gelap sebegitu, kan? Seeloknya peniaga perlu bersedia bila terjadinya situasi begini. Kesian pula pada pelanggan kerana terpaksa makan dalam keadaan yang gelap.
Kredit: TikTok steamboatgrillhouse