Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ada La Sebab Kalau Kita Tegur..” – Pelanggan Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik, Akhirnya Susahkan Pekerja

“Ada La Sebab Kalau Kita Tegur..” – Pelanggan Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik, Akhirnya Susahkan Pekerja

Kategori:
Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik

Tak semua tempat membenarkan penlanggan membawa makanan dan minuman dari luar masuk ke dalam premis mereka. Ini terutamanya di butik pakaian. Jika pelanggan cuai, makanan atau minuman yang tertumpah boleh terkena pada produk butik.

Oleh itu, kebanyakkan butik akan meletakkan notis larangan makanan dan minuman di premis mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diigini. Namun tak semua pelanggan faham dan akur dengan makluman tersebut.

“Ada La Sebab Kalau Kita Tegur..” – Pelanggan Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik, Akhirnya Susahkan Pekerja

Terbaharu, hafizzdjengg telah memuat naik sebuah rakaman kamera litar tertutup dari butik yang diuruskan untuk berkongsi keluhan dengan sikap segelintir pelanggan.

Bekerja seperti biasa, lelaki itu sibuk melipat beberapa helai tudung sambil beberapa orang pelanggan kelihatan sedang melihat tudung yang dipaparkan.

Rakaman juga mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki yang membawa masuk sebekas aiskrim dan sedang ke hulu ke hilir di dalam butik tersebut. Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik

Gara-gara cuai, kanak-kanak itu menjatuhkan bekas aiskrim tersebut ke atas lantai. Tergamam melihat kejadian itu, dia terus ke bahagian belakang bagi mencapai alat pembersihan. Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik

Kecewa, dia juga menegaskan bahawa ada sebab mengapa makanan dan minuman dilarang di butik pakaian. Meskipun dia pernah menegur pelanggan yang melanggar notis yang telah diletakkan, pelanggan akan bermasam muka dengan pekerja.

@hafizzdjengg

Yang kerja kedai retails je faham😌 tu belum yg angkut sekali dengan trolley penuh barang masuk kedai kita yg sekangkang kera ni…

♬ ylang ylang – ´

@hafizzdjenggYang kerja kedai retails je faham😌 tu belum yg angkut sekali dengan trolley penuh barang masuk kedai kita yg sekangkang kera ni…♬ ylang ylang – 🫶🏻 • Friends

Dalam video lain yang dimuat naik, dia juga masih kecewa kerana aiskrim yang tertumpah itu juga terkena pada kaki dan seluar pelanggan lain dan akhirnya dia yang perlu meminta maaf meskipun perkara itu bukan salahnya. Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik

@hafizzdjengg

Replying to @bel Dekat tudung tu perkara biasa byk stain sebab tgn baru lepas pegang ice cream😁

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

@hafizzdjengg Replying to @bel ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Jika melangkah masuk ke premis yang melarang pembawaan makanan dan minuman, haruslah anda akur dengan peraturan yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini.

Jangan hanya kerana ingin mudah dan selesa, anda akhirnya menyusahkan orang lain.

Kredit: hafizzdjengg

Baca Juga: Wanita Kena Tengking Pekerja Kedai Makan Gara-Gara Bertanya

tags: | | | |