Menjelang Tahun Baru Cina, ramai diantara mereka yang menyambutnya sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikan perayaan tersebut. Oleh itu, pelbagai pasaraya sedang membuat promosi dan potongan harga barangan bagi menggalakkan pelanggan untuk membeli.
Namun, perkara itu menyebabkan pasaraya menjadi sesak dengan pelanggan. Janganlah kita terlalu seronok membeli-belah sehingga Standard Operation Procedure (SOP) tidak dipatuhi dan sekaligus akan menyusahkan pelbagai pihak.
Baru-baru ini di laman TikTok, seorang pengguna, sicapang, memuat naik sebuah video dan berkongsi tindakan tidak bertanggungjawab beberapa orang pelanggan yang sedang berebut-rebut minuman Coca Cola yang sedang dibawa oleh pekerja pasaraya tersebut.
Dipercayai berlaku di salah satu cawangan pasaraya ternama, Econsave, minuman itu belum lagi sempat disusun dan diletakkan di raknya tapi sudah diserbu. Tak mampu menghalang pelanggan, pekerja-pekerja yang membawanya terpaksa mengalah dan membiarkan mereka berebut-rebut minuman itu. Dalam keadaan huru-hara sebegitu, SOP yang telah ditetapkan juga tidak dipatuhi.
Tambahnya di ruangan caption, kejadian ini telah menyebabkan pengurus Econsave tersebut telah dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan perkara ini berlaku.
https://www.tiktok.com/@sicapang/video/7051252399809350939?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@sicapang pelanggan berebut minuman promosi,pgurus dah di kenakan kompaun sbb tkde social distancing. #viral2022 #foryou2022 #fyp #coke #on ♬ original sound – epul
Walaupun begitu, ramai yang beranggapan bahawa masalah itu berpunca dari pelanggan, bukannya pihak pengurusan. Oleh kerana tindakan melampau mereka, pihak lain pula perlu menanggung akibat.
Walaupun kita beria membuat persediaan untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, janganlah bertindak melulu dan melampau sehingga melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sama-sama kita memainkan peranan dalam menghentikan penularan wabak Covid-19.
Kredit: TikTok sicapang
Baca Juga: Terima Botol Kicap Pecah Di Jepun, Tak Sangka Ini ‘Balasan’ Pihak Cap Kipas Udang