Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nak Marah Tapi Tak Boleh”, Pelanggan Hempas Duit Masa Bayar, Cashier Ini Terpaksa Tenangkan Diri Sendiri

“Nak Marah Tapi Tak Boleh”, Pelanggan Hempas Duit Masa Bayar, Cashier Ini Terpaksa Tenangkan Diri Sendiri

Kategori:
pelanggan hempas duit masa bayar

Lumrah kehidupan, ada hari yang selalunya tidak berjalan seperti perancangan kita. Misalnya bekerja sebagai juruwang atau lebih dikenali sebagai cashier, bermacam situasi perlu dihadap kerana harus berurusan dengan pelbagai ragam manusia ketika waktu pembayaran pelanggan.

Lain orang lain ragam. Tidak dinafikan ramai pelanggan yang baik memberi senyuman dan mengucapkan terima kasih semasa di kaunter pembayaran. Tetapi, ada beberapa pelanggan yang suka melepaskan kemarahan tidak tentu hala menguji kesabaran sebagai seorang manusia.

“Nak Marah Tapi Tak Boleh”, Pelanggan Hempas Duit Masa Bayar, Cashier Ini Terpaksa Tenangkan Diri Sendiri

pelanggan hempas duit masa bayar

Cashier juga adalah seorang manusia yang punya perasaan, bukan? Menyebut hal ini, seorang cashier di sebuah kafe menceritakan pengalamannya berhadapan dengan pelanggan sebegitu menerusi laman TikTok. Dia menunjukkan bagaimana cara menenangkan dirinya seorang diri dengan bersifat profesional semasa bekerja.

“Nak marah tapi tak boleh. Macam mana cara saya kawal diri sendiri selepas dapat customer yang suka hempas-hempas duit dekat cashier dan marah-marah tanpa sebab.

“Tenangkan diri sorang-sorang dan pujuk diri sendiri. Sabar-sabar, saya okay, saya okay. Sampailah rasa ready untuk layan next customer dengan senyuman,” luahnya memujuk diri sendiri dalam kisah pelanggan hempas duit masa bayar berkenaan.

Tambahnya, hal itu menyebabkan dia tersentap apabila dia sudah melayan pelanggan elok-elok, tetapi apa yang dibalas lain pula.

“Tak marah, sebab kita layan customer elok-elok. So macam tersentak sikit bula customer hempas-hempas duit macam tu,” tambahnya.

“Dah Layan Baik-Baik, Tetapi Pelanggan Tetap Macam Tu”

pelanggan hempas duit masa bayar

@fazierra_ nak marah, tapi tk boleh marahh 🙃 #fyp #zus #cashierlife #barista #fypシ #malaysia ♬ original sound – creepy slowed audios

Melihat ruangan komen orang ramai, ramai yang turut berkongsi pengalaman bekerja sebagai seorang cahshier. Bagi mereka, kerja di industri F&B memang memerlukan mental yang kuat untuk menjaga emosi ketika berhadapan dengan situasi yang boleh dikatakan kerap berlaku ini.

“Mental kena kuat nak hadap customer yang macam-macam ragam. Strong girl!”, kata netizen bernama Ezzah.

“Tak salah pun nak nice dengan semua orang. Kadang cashier pun ada bad day juga. Bila customer hempas duit macam tu je lagi rasa nak nangis,’ jelas netizen bernama Mimoo memberi pendapat kisah pelanggan hempas duit masa bayar berkenaan.

“Tak Salah Pun Buat Baik, Kalau Macam Ni Rasa Nak Menangis…”

pelanggan hempas duit masa bayar

Semoga kita menjadi manusia yang tidak melepaskan kemarahan diri sendiri kepada orang lain. Semoga kita menjadi manusia yang ada simpati dan empati. Sebarkanlah kebaikan kerana hal itu dapat menyelamatkan hari seseorang.

Diharap pekerja F&B akan lebih dihargai. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Sumber: Fazierra

Baca juga: “Bukan Senang Nak Cari Rezeki..”, Suami Isteri Terkejut Lihat Rider Foodpanda Dalam Longkang. Rupa-Rupanya..

tags: | | |