Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Baru Nak Support Sesama Melayu..”, Pelanggan Ini Kecewa Beli Nasi Lemak Tapi Dapat Nasi Impit, Sambal Pun Rasa Masam

“Baru Nak Support Sesama Melayu..”, Pelanggan Ini Kecewa Beli Nasi Lemak Tapi Dapat Nasi Impit, Sambal Pun Rasa Masam

Kategori:
Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan antara juadah popular yang dijual dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis nasi lemak yang menjadi pilihan dan tentunya memang kena dengan harga.

Misalnya, jika nasi lemak dijual dengan kuantiti sendikit dengan 1/4 telur rebus, pelanggan boleh mendapatkan ia dengan harga RM1-RM2 sahaja. Bergantung kepada tempat jualan dan kuantiti.

Jika yang sedikit mahal pula, pasti ada lauk tambahan seperti paru dan kuantitinya juga lebih banyak.

“Baru Nak Support Sesama Melayu..”, Pelanggan Ini Kecewa Beli Nasi Lemak Tapi Dapat Nasi Impit, Sambal Pun Rasa MasamNasi Lemak

Tetapi, lain dengan kisah seorang pelanggan yang kecewa dengan hasil pembeliannya apabila nasi lemak yang dibeli rasa seakan nasi impit yang lembik teksturnya.

“Bila support sesama Melayu be like. Nak tanya ni nasi lemak ke nasi impit..”, kata pemilik video berkenaan.

Dia juga berkata, sambal nasi lemak yang diberikan peniaga juga terasa masam. Apa yang lebih mengecewakan lagi apabila dia membeli nasi lemak berkenaan dengan kuantiti yang agak banyak.

“Tapi kalau dah tahu terlebih air, masak lah baru. Kesian pembeli. Kita beli 6 bungkus semua sama”, tulisnya di ruangan komen.Nasi Lemak

@ainnurizzati08_ Bila support sesama melayu be like 🤣 #supportmelayuniaga #fypシ #viral ♬ original sound – imeranbrad

Melihat kepada komen netizen, ramai yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga berkenaan apabila melihat nasi  yang dijual sebegitu rupa.

“Tertanya juga, mana ya penjual beli confident untuk menjual ya,” komen netizen.

“Mungkin dia tukar beras lin, tak tahu nak sukat air..,” komen netizen lain.

Kenapa Peniaga Confident Jual Macam Ni? – Netizen

Rasanya, jika ingin menjual nasi lemak dengan tekstur berbeza, sememangnya dibolehkan kerana mungkin ada yang suka nasi lembik sebegini. Tetapi, peniaga haruslah memberi makluman kepada pelanggan kerana nasi lemak secara amnya bukan tekstur lembik seakan nasi impit.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat peniaga di luar sana.

Sumber: ainnur

Baca juga: 32 Tahun Hidup, Baru Tahu Fungsi Uncang Teh Boleh Belah Dua, Wanita Ini Kongsi Cara Boleh Jimat!

tags: | |