Semakin hari, aduan tentang kualiti makanan yang dijual peniaga-peniaga semakin bertambah dari hari ke hari. Ia berlaku apabila perbandingan harga dengan kualiti makanan yang diberi tidak memuaskan hati pelanggan.
Terbaharu, tular satu video berkenaan dengan penjualan laksa yang dikatakan mempunyai kuah yang sangat cair. Sepatutnya, kuah laksa mempunyai kuah yang pekat dengan isi ikan. Tetapi, apa yang diperoleh oleh pelanggan tersebut hanyalah kuah yang cair dengan rasa yang tawar.
“Aku datang event dekat Padang Kota. Sis dah lah lapar, hampa tengok lah orang Melayu kita jual. Harga dah lah RM10. Aku nak makan laksa, bukan nak makan bihun sup laksa. Warna pun nampak macam kuah sup. Takda rasa. Ni kuah laksa ke kuah sup?
“Selama aku hidup ni, aku tak pernah lagi buat kuah laksa cair macam ni. Dah lah cair, rasa pun takda,” jelasnya kesal dalam video tersebut.
Video tersebut tular sehingga meraih 51.6 ribu tanda suka dengan 2.4 juta tontonan.
@cheffieza org nak juai laksa hampa nk juai laksa,dah la aku tgh lapaq ,laksa mmg fav aku la,sekali beli hampeehhh xsedapp!!!!!😡😡#padangkotapenang #eventchoii #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #penangmalaysia
@cheffieza88 org nak juai laksa hampa nk juai laksa,dah la aku tgh lapaq ,laksa mmg fav aku la,sekali beli hampeehhh xsedapp!!!!!😡😡#padangkotapenang #eventchoii #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #penangmalaysia ♬ original sound – Cheffieza
Melihat kepada komen dan reaksi netizen, ramai yang turut tidak berpuas hati dengan apa yang dijual oleh peniaga terbabit.
“Kuah ke air paip tu?”, kata netizen di ruang komen.
Melihat kepada situasi peniaga menjual laksa kuah cair, semoga isu dan perkara seperti ini diambil perhatian dan pengajaran buat peniaga lain di luar sana.
Kita boleh menjual sesuatu dengan harga tinggi, tapi begitu juga dengan kualiti yang diberi.
Sumber: Cheffieza
Baca juga: Peniaga Ini Jual Ais Batu Panggang Curi Tumpuan Netizen, Letak Sos & Serbuk Cili Bagi Rasa Menyengat