Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “1 Jug RM8..”, Pelanggan Kesal Beli Air Tebu Untuk Buka Puasa, Ingatkan Dapat Jug Besar, Rupanya…

“1 Jug RM8..”, Pelanggan Kesal Beli Air Tebu Untuk Buka Puasa, Ingatkan Dapat Jug Besar, Rupanya…

Kategori:
air tebu

Dalam bulan Ramadan, pelbagai minuman dijual di bazar Ramadan ataupun di tepi-tepi jalan. Pelbagai air yang menarik disediakan untuk pelanggan membeli bagi juadah berbuka puasa.

Antara minuman yang selalu menjadi tarikan ramai adalah air tebu. Bercerita mengenai air tebu, seorang pelanggan bercerita tentang pengalaman membeli air tebu untuk juadah berbuka dan ceritanya mendapat perhatian ramai di laman X.

Ini apabila pengalamannya membeli air tebu pada 1 Ramadan semalam diibaratkan sebagai ‘tersilap’ jika menurutnya selepas menanyakan kuantiti air tebu yang berharga RM8 untuk satu jug berkenaan.

“1 Jug RM8..”, Pelanggan Kesal Beli Air Tebu Untuk Buka Puasa, Ingatkan Dapat Jug Besar, Rupanya…

“Air tebu kira macam mana bang?”

“1 jug 8 ringgit”

“Bagi satu jug la bang.” (rasa berbaloi)

Tetapi ketika dia ingin membayarnya, kuantiti air tebu tidak seperti yang diingatnya, sebaliknya kuantiti jug air yang lebih sedikit.

“Rupanya 1 jug dia, yang dalam gambar no 2 tu. Bijak dia, jug lah juga… tapi kecik. Letak belakang-belakang. Jug besar letak depan. 

“Ni last la ya bang. Saya tak beli dah lepas ni”, katanya. 

air tebu air tebu

Apabila ada netizen lain yang bertanya adakah ini seperti tipu helah dalam berniaga, dia menjawab mungkin ada juga kesilapannya yang tidak bertanyakan betul-betul tentang jug yang mana satu. air tebu

“Anggap je la salah sendiri tak tanya “jug yang mana satu”. air tebu

Melihat kepada komen, ada juga yang bercerita tentang pengalaman membeli di bazar Ramadan yang dianggapnya pengalaman ‘tidak seronok’.

Peniaga & Pelanggan Harus Memainkan Peranan Masing-Masing

“Haha, semalam aku kena juga. Tapi bukan pasal jug ke apa ke. Aku beli air, aku cakap dekat dia nak yang less ais. Dia pergi ambil yang siap bungkus. Aku cam aik… Dia kata tu dah less ais. Malas nak bertekak bayar je sebab ramai orang”, kongsi seorang netizen lain di ruangan komen. air tebu

Pengajaran daripada kisah ini, mungkin pelanggan dan peniaga harus sama-sama memainkan peranan masing-masing. Jika pelanggan bertanyakan tentang harga makanan/minuman, peniaga haruslah menerangkan dengan betul dan pelanggan juga harus menanyakan tentang apa yang kita ingin bayar tersebut.

Sumber: hadi_nor

Baca juga Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Minum Air Kosong Ketika Sahur, Tak Cepat Haus & Bertenaga Untuk Puasa

tags: | |