Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pelanggan Kesal Beli Roti John Tanpa Inti Di Bazar Ramadan, Hanya Ada Salutan Telur Sahaja

Pelanggan Kesal Beli Roti John Tanpa Inti Di Bazar Ramadan, Hanya Ada Salutan Telur Sahaja

Kategori:
roti john tanpa inti

Antara hidangan yang menjadi buruan dan pilihan ramai ketika berkunjung ke bazar Ramadan adalah Roti John.

Roti John biasanya dipenuhi dengan inti daging atau ayam yang disertakan bersama sos cili, tomato dan lada hitam. Setiap peniaga punya resipi tersendiri untuk menjualnya.

Pelanggan Kesal Beli Roti John Tanpa Inti Di Bazar Ramadan, Hanya Ada Salutan Telur Sahaja

Tetapi berbeza dengan pengalaman seorang pelanggan bazar Ramadan di Kemaman Terengganu, apabila dia membeli sebiji Roti John tanpa inti – yang dijual dengan tiada inti di dalamnya.

Apa yang mengejutkan, Roti John yang biasanya disediakan bersama inti yang melimpah hanya disalut telur di dalamnya.

“Roti John apa kosong macam ni? Telur je.”, kata pelanggan terbabit dengan nada kesal.roti john tanpa inti

Kisah itu dikongsikaan oleh sebuah akaun media sosial di laman Facebook dengan nama Tranung Kini.

“Kejadian di bazar Kemaman. Berani peniaga jual gini untuk customer. Marah gi bang! Marah! Haha,” katanya di kapsyen video tersebut.roti john tanpa inti

@castelo_kojoe84

Bersabarlah sobat…yer mari kombinasi yang sempurna….Semoga tokey roti john ni up status done ke Turkey 😂 #BazarKemaman #Kemaman #terengganu

♬ original sound – Castelo Kojoe 84 – Castelo Kojoe 84

@castelo_kojoe84 Bersabarlah sobat…yer mari kombinasi yang sempurna….Semoga tokey roti john ni up status done ke Turkey 😂 #BazarKemaman #Kemaman #terengganu ♬ original sound – Castelo Kojoe 84

Melihat kepada komen netizen, ramai yang turut kesal dan tidak kurang juga ada yang terhibur dengan memberi komen-komen jenaka untuk video roti john tanpa inti tersebut.

“Roti John peseng baru tu. Roti tanpa John.”

“Sos, mayo, sayur, semua taruk sendiri.”

“Kalau takda pelanggan kononnya perniagaan kena sihir. Bila ada peluang berniaga, macam ni pula.”

Roti John Tanpa John – Netizen

Diharapkan peniaga-peniaga di luar sana lebih berhati-hati semasa proses penjualan dan ikhlas berniaga kepada orang ramai.

Sumber: castelo_kojoe84 

Baca juga: Kedai Jual Satay Cheese Leleh Jadi Bualan Ramai, Ramai Tertarik Untuk Cuba Keunikannya

tags: | |