Hidangan sotong goreng tepung yang dijual di premis-premis makanan terus menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.
Melihat reaksi daripada pelanggan, ramai yang kesal jika membeli sotong goreng tepung atau sotong celup tepung di kedai yang hanya lebihkan tepung daripada isi sotong sendiri.
Terbaru seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar hidangan tersebut yang hanya mengandungi sotong bersaiz terlalu kecil di dalamnya.
Melihat kepada gambar yang dimuatnaik pelanggan, isi sotong yang disaluti tepung hanyalah sebesar syiling 20 sen manakala isi tepung pula sebesar tapak tangan. Pelanggan berkenaan kesal dengan tindakan peniaga yang sanggup berniaga seolah menipu pelanggan sendiri apabila melihat isi luar sahaja.
“Berkat ke meniaga macam ni?”, soal pelanggan demikian.
https://twitter.com/exploreasyraf/status/1628700782878162944?s=20
Melihat kepada komen netizen, ramai yang turut kesal dan berkongsi pengalaman sama apabila membeli sotong goreng tepung atau sotong celup tepung di sesetengah kedai makan apabila indah khabar dari rupa.
“Boleh nak berkat, tapi kena tukar nama lah. Tepung goreng sotong,” komen seorang netizen dengan seloroh.
“Menangis teruk kalau dapat macam ni,” tulis Ruwaidah.
“Sotong goreng ditemani sekawan tepung,” kata netizen lain dengan nama benfirdaus azraai.
Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat peniaga-peniaga lain. Berpada-padalah dalam berniaga kerana semua ini hasil keberkatan dari rezeki kita.
Sumber: Asyraf
Baca juga: Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan Tanpa Kira Agama & Bangsa, Ramai Tersentuh Hati Dengan Cara Dia