Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Berkat Ke Meniaga Macam Ni?”, Pelanggan Kesal Beli Sotong Goreng Tepung Ibarat Kena Scam, Tepung Banyak Tapi Saiz Sotong Kecil

“Berkat Ke Meniaga Macam Ni?”, Pelanggan Kesal Beli Sotong Goreng Tepung Ibarat Kena Scam, Tepung Banyak Tapi Saiz Sotong Kecil

Kategori:
sotong goreng tepung

Hidangan sotong goreng tepung yang dijual di premis-premis makanan terus menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Melihat reaksi daripada pelanggan, ramai yang kesal jika membeli sotong goreng tepung atau sotong celup tepung di kedai yang hanya lebihkan tepung daripada isi sotong sendiri.

“Berkat Ke Meniaga Macam Ni?”, Pelanggan Kesal Beli Sotong Goreng Tepung Ibarat Kena Scam, Tepung Banyak Tapi Saiz Sotong Kecil

Terbaru seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar hidangan tersebut yang hanya mengandungi sotong bersaiz terlalu kecil di dalamnya.

sotong goreng tepung

Melihat kepada gambar yang dimuatnaik pelanggan, isi sotong yang disaluti tepung hanyalah sebesar syiling 20 sen manakala isi tepung pula sebesar tapak tangan. Pelanggan berkenaan kesal dengan tindakan peniaga yang sanggup berniaga seolah menipu pelanggan sendiri apabila melihat isi luar sahaja.

sotong goreng tepung

“Berkat ke meniaga macam ni?”, soal pelanggan demikian.

sotong goreng tepung

https://twitter.com/exploreasyraf/status/1628700782878162944?s=20

Melihat kepada komen netizen, ramai yang turut kesal dan berkongsi pengalaman sama apabila membeli sotong goreng tepung atau sotong celup tepung di sesetengah kedai makan apabila indah khabar dari rupa.

“Boleh nak berkat, tapi kena tukar nama lah. Tepung goreng sotong,” komen seorang netizen dengan seloroh.

“Menangis teruk kalau dapat macam ni,” tulis Ruwaidah.

“Sotong goreng ditemani sekawan tepung,” kata netizen lain dengan nama benfirdaus azraai.

Menangis Teruk Kalau Dapat Macam Ni – Netizen

sotong goreng tepung

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat peniaga-peniaga lain. Berpada-padalah dalam berniaga kerana semua ini hasil keberkatan dari rezeki kita.

Sumber: Asyraf

Baca juga: Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan Tanpa Kira Agama & Bangsa, Ramai Tersentuh Hati Dengan Cara Dia

tags: | |