Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Kesal Minum Air Berisi Lipas, Bukan Nak Tutup Periuk Nasi Orang, Ini Tentang Kebersihan

Pelanggan Kesal Minum Air Berisi Lipas, Bukan Nak Tutup Periuk Nasi Orang, Ini Tentang Kebersihan

Kategori:
air berisi lipas

Jika ke mana-mana kedai makan, pasti salah satu faktor yang dilihat pelanggan adalah faktor kebersihan. Tidak kisahlah kebersihan tempat restoran ataupun makanan, ia meliputi seluruh hal.

Ini kerana, restoran dan kebersihan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Makanan yang dihidangkan untuk pelanggan haruslah dijamin kualitinya.

Pelanggan Kesal Minum Air Berisi Lipas, Bukan Nak Tutup Periuk Nasi Orang, Ini Tentang Kebersihan

Terbaharu, menurut Kosmo, tular beberapa gambar sejak semalam di laman sosial memaparkan kejadian seorang pelanggan terminum segelas air yang mengandungi benda yang mengejutkan.

Aiy yang diminum mengandungi lipas di sebuah restoran di Petaling Jaya, ibu negara semalam. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial dikenali sebagai az.

air berisi lipas

Menurutnya, biarpun air tersebut telah diganti baru,, namun da tetap tidak berpuas hati di atas faktor yang paling penting iaitu faktor kebersihan.

“Sebenarnya, tak ada niat nak tutup periuk nasi orang, cuma mahu mereka ambil berat soal kebersihan,” katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, restoran ssama itu turut didedahkan terpalit dengan beberapa insiden lain melibatkann kebersihan sejak awal tahun ini.

Susulan perkongsian tersebut, orang ramai rata-rata meluahkan kekecewaan serta mempersoalkan bagaimana restoran terbabit masih dibenarkan beroperasi.

“Kenapa masih ada yang pergi ke kedai ni walaupun selepas kontoversi? Malah kenaoa kedai ni masih boleh terus beroperasi?” kata Rhea.

“Tak tahu kenapa masih ramai orang nak makan sini lagi.Dah bertahun aku berhenti makan kerana tak sedap dann mahal,” ujar Lynda.

air berisi lipas

Meninjau lagi ke ruangan komen netizen, ada juga netizen berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan makanan dan minuman kotor yang pernah dimakan oleh mereka di kedai makan luar.

Mengambil salah satu komen, netizen bernama Nadea Hashim berkata yang dia pernah mengalami satu pengalam buruk ketika memesan air milo di sebuah kedai makan.

“Aku pernah kena order Milo ais kaw-kaw dulu. Sedut straw melekat dekat lidah ingatkan milo ketul gigit-gigit la macam tikus. Hairan takda pula rasa manis. Sekali ludah dekat tisu nampak kellapa kaki putus perut burai warna putih. Anak lipas… wekkkk,” ceritanya di ruangan komen mengulas isu air berisi lipas yang tular itu.

“Pernah Dapat Pengalaman Sama”

air berisi lipas

Isu air berisi lipas serta hal kebersihan makanan di restoran ataupun kedai makan memang harus dititikberatkan. Jangan ingat hal ini adalah hal yang remeh. Ia melibatkan kesihatan orang yang memakan di sana.

Sumber: Kosmo

Baca juga: “Ingatkan Perompak, Berderau Darah Bila Dengar, Rupa-Rupanya..” Kisah Wanita Ini Tarik Perhatian Netizen

tags: | |