Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pelanggan Mengadu Nasi Goreng Pattaya Tak Berbaloi Dengan Harga, Peniaga Ambil Tindakan Lapor Polis

Pelanggan Mengadu Nasi Goreng Pattaya Tak Berbaloi Dengan Harga, Peniaga Ambil Tindakan Lapor Polis

Kategori:
pelanggan mengadu nasi goreng pattaya

Boleh dikatakan, kebanyakan orang ramai pada zaman sekarang sememangnya menggunakan khidmat memesan makanan atas talian kerana faktor kesuntukan masa misalnya. Dan tidak dinafikan, banyak kes yang dikongsikan di media sosial berkenaan ketidakpuasan pelanggan menerima makanan yang dipesan atas talian tersebut.

Memandangkan harganya sedikit mahal berbanding pembelian terus di kedai makan, pelanggan berharap harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti dan rasa makanan yang dipesan.

Pelanggan Mengadu Nasi Goreng Pattaya Tak Berbaloi Dengan Harga, Peniaga Ambil Tindakan Lapor Polis

pelanggan mengadu nasi goreng pattaya

Seperti satu kisah yang tular minggu ini, ia berkenaan pelanggan mengadu nasi goreng pattaya yang dibeli di sebuah kedai makan menerusi pembelian atas talian begitu mengecewakannya jika dibandingkan dengan harga yang dibayar.

“Kita order nasi goreng pattaya harga RM13 (termasuk caj penghantaran), tengoklah dapat nasi macam mana. Macam (untuk) orang yang ada penyakit,” luahnya di dalam video pelanggan mengadu nasi goreng pattaya tak sedap berkenaan.

Menurut video berkenaan, nasi goreng pattaya tersebut tidak seperti nasi goreng pattaya yang biasa didapati di kedai makan lain kerana nasinya sedikit kosong dan warnanya pucat.

Peka dengan kritikan tersebut, pemilik kedai berkenaan kemudiannya tampil membuat satu video balas. Menurutnya gadis itu sepatutnya merakam sebaik dia menerima makanan berkenaan dan bukannya berkongsi keadaaan juadah yang sudah tinggal separuh.

Menurutnya, dia berasa kesal dengan kejadian itu dan menjelaskan bahawa nasi goreng pattaya memang disediakan macam tu.

“Untuk menu pattaya memang macam tu kak…”, kata peniaga berkenaan. Dia juga berpendapat hal itu boleh diberitahu terus kepadanya tanpa perlu menyiarkannya ke dalam laman TikTok.

pelanggan mengadu nasi goreng pattaya

@ridzuan_abdunloh13 #stitch with @Zirah Rc ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275

Walaubagaimanapun, penjelasannya kurang disenangi oleh netizen menyebabkan dia terus dikecam seolah-olah tidak dapat menerima kritikan tersebut.  Oleh kerana itu, dia kemudianya membuat satu laporan polis. Jelasnya isu ini telah menganggu, mengancam dan turut merosakkan reputasi kedai makannya.

“Saya sudah pun membuat laporan polis. Saya tak pastilah sama ada dia tahu atau tidak tahu, ataupun buat-buat tak tahu bahawa perkara ini telah menganggu, mengancam, dan merosakkan reputasi kedai saya.

“Saya masih lagi tak terima maklum balas daripadanya. Jika hal ini berterusan, saya akan proceed ke next step lah. Terima kasih.” jelasnya di  video laporan polis tersebut.

pelanggan mengadu nasi goreng pattaya

@ridzuan_abdunloh13

Replying to @Aierilzam Mansor semoga kita semua dapat membuat keputusan yang betul sebelum terjadi apa2

♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdunloh

@ridzuan_abdunloh13 Replying to @Aierilzam Mansor ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275

Pelanggan Mohon Maaf, Tidak Mahu Panjangkan Isu

Enggan memanjankan isu tersbeut, pelanggan tersebut akhirnya membuat satu kenyataan maaf kepada peniaga terbabit di TikTok dan sudah memadam video aduan nasi goreng tersebut serta berdamai secara baik.

@zirahrc Replying to @Ridzuan Abdullah275 ♬ original sound – Zirah Rc

Bagaiamanpun, melalui isu pelanggan mengadu nasi goreng pattaya ini, netizen berharap hal ini dapat diselesaikan dengan lebih berhemah pada masa akan datang kepada kedua-dua pihak tanpa memperbesarkan isu yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Baca juga: Isteri Sebak Lihat Suami Niaga Makanan Tepi Jalan Tapi Tiada Pelanggan, Muka Suami Masih Tabah Senyum

tags: | |