Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Mengeluh Ayam Gunting RM1 Ada Tepung Je, Tapi Netizen Cakap Harga Dah Berbaloi Sebab Barang Mahal

Pelanggan Mengeluh Ayam Gunting RM1 Ada Tepung Je, Tapi Netizen Cakap Harga Dah Berbaloi Sebab Barang Mahal

Kategori:
ayam gunting

Sebut sahaja ayam gunting, pasti ia menjadi pilihan ramai kerana keenakannya yang pedas dan masin. Di samping itu, harganya yang murah sememangnya sesuai dijual kepada semua peringkat umur yang ingin mencubanya.

Bayar sahaja 2 keping 50 sen atau secara mudahnya RM1, pelanggan sudah dapat menikmati ayam gunting yang bersalut tepung ini. Murah dan berbaloi.

Pelanggan Mengeluh Ayam Gunting RM1 Ada Tepung Je, Tapi Netizen Cakap Harga Dah Berbaloi Sebab Barang Mahal

ayam gunting

Bercakap mengenai ayam gunting RM1, sebuah video yang tular di TikTok mendapat perhatian dan reaksi netizen apabila dia mengadu ayam guntung yang dibelinya dengan harga RM1 tidak berbaloi.

Melihat kepada video tersebut, ayam gunting yang dipercayai dibeli di hadapan sebuah sekolah hanya ada sedikit isi ayam dengan kuantiti tepung yang sangat banyak.

“Ayam gunting depan sekolah. Ayam gunting RM1. Kesian budak sekolah makan tepung je,” tulis pemilik video tersebut.

@dapuruthman20

Ayam gunting depan sekolah.. Ayam gunting Rm1.00 Kesian budak sekolah mkn tepung jakk.. #nkcepatkaya#ayamgunting#harga2023

♬ Chicken Dance – Remix – Dance Dance Dance!

@allynur73 Ayam gunting depan sekolah.. Ayam gunting Rm1.00 Kesian budak sekolah mkn tepung jakk.. #nkcepatkaya#ayamgunting#harga2023 ♬ Chicken Dance – Remix – Dance Dance Dance!

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana mengatakan bahawa ia sudah berbaloi dengan harga yang RM1. Tambahan pula, semua barang mentah sudah naik dan sudah jarang harga makanan yang dijual RM1 sekarang.

“Ayam hala sekarang sis, minyak lagi, tepung lagi, padan lah tu seringgit. Kalau ayam gunting ori, RM10 sekarang ni,” kata netizen dengan nama Hadi.

“Tepung, serbuk tu, ayam lagi, minyak, plastik bungkus tu RM1, murah sangat dah tu,” tulis Jozi berkenaan kisah j tersebut.

Harga Ayam Gunting RM1 Dah Murah, Tepung, Serbuk, Ayam, Minyak Pun Kena Kira

Bagi Min, ia sudah memadai dengan harga RM1 jika dibandingkan dengan harga sekarang. Mungkin, lain orang lain pendapat.

Sumber: AllyNur

Baca juga: Mula Dengan Kitar Semula Sampah, Lelaki Ini Selalu Dapat Bersedekah Subuh Di Masjid, Ini Ceritanya..

tags: |