Dalam teknologi yang serba canggih ini, pastinya pesanan atas talian bagi memesan makanan digunakan oleh kebanyakan daripada kita. Teknologi yang memudahkan urusan harian dimanfaatkan oleh manusia misalnya, memesan makanan melalui aplikasi Foodpanda atau GrabFood untuk menjimatkan masa dan juga tenaga.
Dalam pesanan berkenaan, terdapat tambahan nota pesanan untuk kegunaan peniaga atau rider. Ia memudahkan pelanggan untuk memberi pesanan tambahan dalam memberi arahan kepada peniaga.
Menyebut hal itu, sebuah video yang dimuatnaik oleh peniaga burger, MHR Burger’s menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang pesanan tambahan yang berunsur lawak dan lucu oleh seorang pelanggan.
Melalui atara pesanan yang dipesan, nasi goreng chicken chop, pelanggan telah menulis nota tambahan secara seloroh supaya memasak nasi goreng berkenaan dengan pedas yang amat pedas, sehinggakan kawannya dapat cuti MC pada keesokan hari.
“Nasi goreng chicken chop, pedas. Bagi terbakar jubo, dia nak mc esok,” tulis pelanggan berkenaan dalam resit tersebut dengan keterangan ‘bila kawan selalu sangat MC’.
@mhrburgers10 Bila kawan selalu sangat MC. #fyp #mhrburgers
@mhrburgers10 Bila kawan selalu sangat MC. #fyp #mhrburgers ♬ original sound – MHR Burger’s
Hal itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dan komen orang ramai yang memberi respon terhadap video terbabit. Ia amat melucukan untuk dibaca dan ramai juga turut menyambuh seloroh tersebut dengan lawak masing-masing.
“Takut cuti seumur hidup je..,” kata seorang netizen dengan nama Mat memberi reaksi terhadap video pelanggan pesan makanan extra pedas tersebut,
“Hahaha, ye tak ya. Aku kena order macam ni juga esok,” komen seorang netizen lain bernama Syiqachu.
“So, dapat ke tak MC tu?”, soal TuneJunkie bertanya keadaan pelanggan pesan makanan extra pedas itu dengan gurauan.
Macam-macam hal juga ya. Penat min gelak dengan lawak netizen ni. Tapi min ambil kesempatan untuk mengingatkan semua pembaca untuk mengawal pengambilan makanan pedas kerana ia boleh memudaratkan kesihatan korang.
Makanan pedas memang sedap dan menyelerakan. Pun begitu, dalam sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Public Health Malaysia, majoriti iaitu 79 peratus berpendapat makanan pedas memudaratkan kesihatan.
Hanya 658 netizen atau 21 peratus sahaja memilih ‘ia baik untuk kesihatan’. Pedas adalah rasa panas atau pedih di bahagian bibir, mulut dan lidah apabila seseorang mengambil makanan yang mengandungi cili atau lada.
Apabila kita makan pedas, molekul capsaicin ini akan bertindak balas dengan reseptor bernama transient potential vanilloid 1 (TRPV1).
Menurut portal Hello Doktor, untuk pengetahuan anda, reseptor inilah yang akan memberi isyarat kepada otak bahawa berlaku ‘kebakaran’ dalam tubuh badan. Disebabkan itu, otak akan bertindak balas dengan melepaskan endorfin – membuat kita berasa sedikit lega dan mahu makan pedas lebih banyak.