Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tiada Makluman Kepada Kami..”, Pelanggan Siakap Langkawi Nafi Penjelasan Pemilik Restoran & Minta Orang Ramai Fahami Beberapa Perkara Ini!

“Tiada Makluman Kepada Kami..”, Pelanggan Siakap Langkawi Nafi Penjelasan Pemilik Restoran & Minta Orang Ramai Fahami Beberapa Perkara Ini!

Kategori:
pelanggan siakap langkawi

Semenjak dari minggu lepas, heboh berkenaan dengan ikan siakap Langkawi. Kejadian melibatkan seorang pelanggan yang mana memesan hidangan ikan siakap dan dikenakan caj yang mahal. Harga untuk seekor ikan siakap yang dimakan adalah berjumlah RM1196.80.

Hal tersebut berlaku di sebuah restoran di Langkawi dan telah pun viral serta mendapat perhatian orang ramai dan juga liputan banyak pihak media.

Ekoran itu, pihak restoran telah menjelaskan perkara sebenar tentang apa yang berlaku. Walaubagaimanapun, pelanggan yang terlibat yang dikenali dengan nama Mohd Faris itu menyangkal penjelasan pihak restoran berkenaan.

Menurut Faris, mereka tidak dimaklumkan beberapa perkara yang dijelaskan oleh pihak restoran seperti mana yang heboh di media sosial sejak beberapa hari yang lepas. Antaranya adalah mengenai berat ikan, ikan siakap berkenaan bersaiz mega dan beberapa perkara lain.

Tiada makluman langsung kepada pihak kami..

Telah pun membuat aduan kepada pihak KPDNKHEP..

Tambah Faris lagi, menerusi perkongsian yang dimuat naik 23 jam yang lepas juga turut berkongsi beberapa link posting pelanggan lain atau orang awam yang mana pernah mengalami masalah hampir sama.

*Dilampirkan bersama antara link-link posting dan penjelasan beberapa pelanggan yang lain dan orang awam untuk rujukan kita semua.

*POSTING ANTARA SEBAHAGIAN PARA PELANGGAN YANG LAIN

  1. Nor Izani Iza
  2. Niena Zm
  3. Rohani Osman
  4. Iman Hassan
  5. Zmi Fx
  6. Sue Bellova

Jadi apa yang boleh kami nasihatkan adalah jangan cuba menunding jari dan salahkan kepada satu pihak sahaja. Biarkan pihak yang berwajib melakukan siasatannya. Siapa yang salah, siapa yang betul pasti akan terjawab juga suatu hari nanti.

Kredit: Mohd Faris Zulkarnain

Baca juga: Elak Kejadian Seperti Ikan Siakap Berlaku, Penjual Ini Kongsi Cara Yang Betul Berurus Niaga. Hilang Hak Jika Cuai! 

tags: | |