Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pelanggan Terkejut Harga Air Milo RM15.90 Segelas, KPDN Jalankan Siasatan

Pelanggan Terkejut Harga Air Milo RM15.90 Segelas, KPDN Jalankan Siasatan

Kategori:
air milo

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyiasat aduan minuman panas berharga RM15.90 di sebuah restoran di Kota Tinggi di sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pemeriksaan dilakukan pada 18 Februari susulan aduan tular di media sosial berkaitan milo panas mahal di restoran di sebuah resort di Desaru.

Menurutnya, susulan itu sepasukan penguatkuasa KPDN Kota Tinggi, Johor ke premis berkenaan.

Pelanggan Terkejut Harga Air Milo RM15.90 Segelas, KPDN Jalankan Siasatan

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu adalah sebuah restoran di dalam kawasan hotel yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman termasuk air minuman milo panas.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati setiap pengunjung atau pelanggan diberikan menu makanan dan minuman berserta harga,” katanya.

Lilis Saslinda berkata, harga di dalam menu didapati adalah jelas dan tidak mengelirukan.air milo

Beliau berkata, bagaimanapun Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 diserahkan kepada restoran dan diarah untuk beri maklum balas kepada KPDN dalam tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan selepas ini.

“Premis berkenaan diberikan tempoh untuk kemukakan penjelasan iaitu kita memberi ruang untuk mereka untuk menjelaskan berkaitan harga.

“Isu harga munasabah atau tidak belum timbul di sini selagi pengusaha premis tidak menyerahkan nota bertulis.

“Selepas nota bertulis itu dikemukakan, KPDN akan menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Ahad lalu, seorang pelanggan terkejut selepas salah sebuah restoran di pusat peranginan di Johor didakwa mengenakan harga cekik darah untuk secawan milo panas yang dipesannya.

air milo

Menerusi resit bayaran, secawan milo panas dikenakan caj RM15.90 dan ia perlu membayar RM47.40 bagi tiga cawan minuman itu.

Selain itu, sekeping roti canai telur yang dipesannya pula dikenakan caj RM12.90, manakala sekeping Thosai pula berharga RM10.90.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Ayam Thailand Diberi Makan Ganja, Sambutan Lebih Hangat Daripada Pembeli

tags: | |