Burger adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia oleh kerana rasanya yang sedap dan mengenyangkan. Di Malaysia ini, burger di gerai tepi jalan sememangnya lebih banyak menarik tumpuan orang ramai kerana harganya yang sangat berpatutan berbanding kedai makanan segera lain.
Selain itu, pelanggan juga boleh memesan pelbagai pesanan tambahan dengan mudah seperti mahukan double daging, sayur lebih ataupun sos lebih. Ia memang menepati citarasa kebanyakan orang ramai.
Tetapi, isu ini menjadi hal yang sebaliknya kepada seorang pelanggan burger di salah sebuah gerai tepi jalan kerana perkara yang tidak dijangka. Satu video oleh pengguna TikTok @itshlm_ yang telah tular menunjukkan burger yang dibeli rakannya begitu mengecewakan.
Ini kerana, saiz daging yang dipesan telah dijual dengan saiz daging yang sangat kecil. Ia memang tak terjangkau dek akal kerana saiznya bukan saiz yang kecil seperti biasa, tetapi kecil yang luar biasa. Menurutnya, harga yang dibayar memang tidak berbaloi dengan saiz daging seperti itu.
Melalui perkongsian video itu, pembeli burger itu mengatakan, “yang sial-sial je..”, katanya bersama riak muka yang sangat kecewa dan seperti pasrah. Dia menunjukkan saiz daging burger berkenaan kepada rakan-rakannya yang lain.
Menyentuh tentang harga burger berkenaan, mereka tidak dapat mengenal pasti harga yang tepat bagi burger berkenaan kerana ia dibayar sekaligus dengan harga makanan lain.
“Tak tahu lah pulak. Sebab kira sekali tadi. Tapi cam tak berbaloi lah,” tulisnya menjawab pertanyaan harga burger berkenaan.
@hielemich Member Ingat burger stadium dah power rupanya …..😂 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #burger
@itshlm_ Member Ingat burger stadium dah power rupanya …..😂 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #burger ♬ original sound – heal me
Meninjau ruangan komen orang ramai, ramai yang turut tidak berpuas hati dan mengajukan pelbagai persoalan tentang saiz daging tersebut.
Misalnya, seorang pengguna TikTok @caramel0701 memberi komen berbaur jenaka yang menyamakan saiz burger dengan saiz tahi hidung.
“Hahahaha, tu daging burger ke tahi hidung,” soalnya di ruangan komen.
Selain itu, ada juga netizen yang memberi pendapat bahawa apa yang dijual oleh pelanggan itu adalah satu dosa dalam mencari rezeki.
“Joke aside, kalau aku dapat gini memang tak halal duit aku bayar,” tulis seorang pengguna TikTok lain bernama @nothaziqq.
Jika melihat kepada video terbabit, memang wajar dipersoalkan kerana saiz dagingnya terlalu kecil untuk sajian daging burger. Kalau korang pula rasa macam mana?
Sumber: itshlm_
Baca juga: “Kalau Dah Tahu Harga Barang Naik..”, Kenyataan Pengarah KPDNHEP Melaka Undang Kecaman Netizen