Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Tersilap Bayar RM2,660 Dari Jumlah RM26.60 Secara Kod QR, Peniaga Ini Cari Pelanggan Sampai Dapat Pulangkan Baki

Pelanggan Tersilap Bayar RM2,660 Dari Jumlah RM26.60 Secara Kod QR, Peniaga Ini Cari Pelanggan Sampai Dapat Pulangkan Baki

Kategori: ,
Kod QR

Pembayaran kod QR di mana-mana restoran sudah menjadi kebiasaan untuk memudahkan cara pembayaran di antara pelanggan dan peniaga.

Cara transaksi ini memerlukan pelanggan untuk imbas kod QR yang tertera di atas meja dan meletakkan jumlah harga yang diberitahu peniaga.

Pelanggan Tersilap Bayar RM2,660 Dari Jumlah RM26.60 Secara QR, Peniaga Ini Cari Pelanggan Sampai Dapat Pulangkan Baki

Terbaharu, tular mengenai hantaran seorang peniaga yang sedang mencari pelanggannya yang tersilap melakukan transaksi pembayaran kod QR sebanyak RM2,660.

Sedangkan, jumlah yang sebenar adalah RM26.60 dan ia sangat berbeza banyak kali ganda dengan harga sebenar.

Lantaran itu, peniaga tersebut mencari pelanggan berkenaan dan membuat hantarn berkenaan isu itu.

Peniaga Botak Nasi Lemak yang lebih dikenali dengan nama “Nasi Lemak Terbaik ke-2 di PJ” membuat siaran berkenaan bahawa dia sedang mencari pelanggan wanita yang tersilap membayar jumlah yang salah melalui kod QR.

Wang Sudah Dikembali, Ramai Puji Kejujuran Peniaga

“Bantu kami mencari mereka supaya kami boleh mengembalikan baki kepada mereka,” restoran itu menggesa komunti dalam talian.

Siaran itu mendapat perhatian netizen. Salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa pelanggan tersebut boleh kembali untuk 99 hidangan lagi.

Kod QR

Sehari selepas hantaran tersebut, pengusaha terbabit menyatakan bahawa pelanggan berkenaan sudah dijumpai.

Melihat reaksi orang ramai, ramai yang memuji kejujuran peniaga tersebut dalam perniagaan.

Semoga ramai lagi peniaga jujur di luar sana dan dimurahkan rezeki semuanya.

Sumber: Botak Nasi Lemak 

Baca juga: Peniaga Pasar Malam Di Perlis Wajib Hentikan Perniagaan Ketika Maghrib

tags: | |