Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pelayan Restoran Guna Skateboard Hantar Makanan Pelanggan, Aksinya Buat Ramai Tercengang & Terpukau

Pelayan Restoran Guna Skateboard Hantar Makanan Pelanggan, Aksinya Buat Ramai Tercengang & Terpukau

Kategori:
pelayan restoran guna skateboard

Jika sekarang, melihat teknologi berkembang pesat dan terjadinya penghantaran makanan oleh robot cukup mengkagumkan, kali ini ada cara penghantaran makanan yang juga lain dari yang lain. Aksi dan bakat ini tidak ada pada semua orang, ia merupakan bakat yang diasah sehingga mahir berbuat begini.

Pelayan Restoran Guna Skateboard Hantar Makanan Pelanggan, Aksinya Buat Ramai Tercengang & Terpukau

pelayan restoran guna skateboard

Hal ini ditunjukkan oleh seorang pelayan restoran lelaki di Konda Kondi Cafe. Dalam videonya yang tular di laman TikTok semalam, kelihatan pelayan berkenaan menggunakan skateboard untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Jika melihat aksinya yang hebat dan penuh bergaya, pelanggan pasti akan terpukau kerana dia dapat meluncur laju menggunakan skateboard berkenaan tanpa makanan jatuh atau tumpah. Bukan satu pinggan yang dibawanya, malah dua pinggan yang penuh berisi pelanggan.

“Modal keras beli robot bang. Function juga pakai skateboard ni,” katanya menerusi laman TikTok Cafe Konda Kondi menerusi kisah pelayan restoran guna skateboard hantar makanan pelanggan terbabit.

Beli Robot Mahal, Guna Skateboard Senang

pelayan restoran guna skateboard

Dalam penghantaran pertama itu, dia berjaya melakukan penghantaran makanan kepada pelanggan dengan sempurna. Tetapi pada akhir klip video, kelihatan penghantaran air minuman sedikit tidak berhasil. Mungkin itu adalah percubaan pertama. Dan ia juga harus diberi pujian kerana bakatnya lain dari yang lain.

pelayan restoran guna skateboard

@kondakondicafe Modal keras beli robot bang. 🥹 function juga pakai skateboard 😁 #kondakondicafe #ipohfoodie #tempatmenarikipoh #makanipoh #ipohcafe #jalanjalancarimakanipoh ♬ Careless Cbat – There I Ruined It

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang terpukau dan tidak melepaskan peluang bertanya bermacam-macam soalan. Masing-masing tertarik dengan skill dan bakat yang dipamerkan pelayan restoran itu.

“Only in Ipoh,” kata netizen dengan nama Amir Hakim Mior.

“Alamak dekat Perak, ingat dekat KL. Baru nak gerak esok. Takpelah, on the way nak gi Perlis I try singgah,” kata netizen lain dengan nama Azy memberi komen video pelayan restorann guna skateboard hantar makanan itu.

“Sanggup datang sini hanya untuk rekod macam mana makanan dihantar,” kata Baby Star Candy.

Sanggup Datang Kafe Sebab Nak Tengok Ni Je, Kata Netizen

pelayan restoran guna skateboard

Wah tengok video pelayan restoran guna skateboard ni! Bukan sembarangan orang boleh buat tu kan? Tahniah kepada pelayan terbabit. Sesiapa yang ingin tahu lokasi lokasi Konda Kondi Cafe, bolehlah berkunjung ke Jalan Sultan Idris Ipoh Perak. Kafenya terletak di situ.

Beroperasi daripada Isnin hingga Ahad jam 5 petang hingga 12 malam.

Sumber: Konda Kondi Cafe

Baca juga: Peniaga Nasi Lemak Bangsudu RM1 Selalu Diberi Duit Lebih Oleh Pelanggan, Tindakannya Buat Ramai Kagum & Terharu

tags: | |