Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Pelbagai Promosi Bulan Julai, Hiraukan Diet Anda & Terus Grab Peluang Yang Ada Pada Bulan Ini Sahaja

Pelbagai Promosi Bulan Julai, Hiraukan Diet Anda & Terus Grab Peluang Yang Ada Pada Bulan Ini Sahaja

Kategori:

Lupakan niat anda untuk diet pada bulan ini kerana banyak promosi akan diadakan sepanjang bulan Julai ini untuk anda tebus di kedai ‘fast food’ yang besar di Malaysia. Tak perlu fikirkan diet anda, inilah masanya untuk habiskan duit anda dengan promosi-promosi ini.

Terus berlari ke kedai-kedai yang akan disenaraikan di bawah dan ini masanya untuk anda menyerlah di promosi Julai ini.

Pelbagai Promosi Bulan Julai, Hiraukan Diet Anda & Terus Grab Peluang Yang Ada Pada Bulan Ini Sahaja

  • Kentucky Fried Chicken (KFC)

Bulan Julai

Promosi ini akan dijalankan bermula 6 hingga 12 Julai 2023. Ia diadakan untuk sempena ‘International Fried Chicken Week’ untuk seekor ayam. KFC Malaysia menawarkan 2 ekor ayam pada harga RM49.99 sahaja.

Bukan biasa-biasa promosi KFC kali ini, ianya tersedia di lokasi yang terpilih sahaja di Malaysia pada jam selepas 10 Pagi. Pastikan anda menyemak dahulu kedai yang anda ingin kunjungi, adakah ianya tersedia promosi ini.

  • Tealive

Bulan Julai

Tealive adakan promosi sempena Hari Coklat Sedunia dari 10 Julai hingga 23 Julai 2023, Nikmati minuman koko pada harga RM12 untuk 2 air koko Tealive.

Promosi ini hanya tertakluk kepada air koko di bawah:

🍫 Signature Coco​
🍫 Hazelnut Coco
🍫 Coco Latte​
🍫 Malty Coco​
🍫 Coco Smoothie with Oreo Cookie Pieces​

Masukkan kod promosi COCO pada aplikasi Tealive anda untuk menikmati Tawaran Gila Coco ini✨​

  • McDonald’s

Bulan Julai

Mulakan hari Isnin anda dengan tawaran hebat McDonald’s malaysia dengan sarapan yang lazat dengan harga RM5 sahaja hingga pukul 10 pagi.

Anda boleh membuat pesanan menggunakan aplikasi McD kerana anda boleh menikmati hidangan pagi kegemaran anda tanpa perlu berbelanja lebih.

  • Burger King

Bulan Julai

Bulan Julai

Burger King juga adakan promosi untuk pelanggan-pelanggan mereka dengan menggunakan diskaun Whopper. Ianya dilakukan dalam masa terhad sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk rasakan kelazatan Burger Whopper ini dengan diskaun yang diberikan oleh Burger King.

  • Starbucks

Bulan Julai

Beli satu percuma satu! Gandakan keseronokan anda dengan Starbucks Rewards dengan menyertai StarbucksMember’s Exclusive. Anda perlu membuat bayaran penuh melalui Kad Starbucks atau Aplikasi Mudah Alih Starbucks.

Selamat hancurkan diet anda dengan promosi-promosi terhangat di kedai-kedai yang terpilih ini.

Selamat Mencuba!

Kredit: Erikkhhhh

Baca Juga: Content Creator Jepun iChang & Jimmy Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Promosikan Makanan & Budaya Malaysia Kepada Dunia

tags: | | |