Bagi penggemar salad, biasanya kuah salad (salad dressing) disediakan sekali jika korang membeli salad di dalam bekas-bekas yang disediakan di pasar raya. Ada kalanya, kita inginkan kuah salad sendiri apabila makan salad supaya ia tidak membosakan.
Jadi kali ini, kami ingin kongsikan pelbagai resipi kuah salad suapaya korang teruja untuk amalkan pemakanan yang sihat. Nak makan salad pun tak bosan nanti.
Jom kita ikuti perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini bersama!
Rasa kuah salad Mediteranian (makanan dan kaedah penyediaan makanan oleh orang-orang dari kawasan Lembangan Mediterranean). Sesuai dengan tomato, timun, cili benggala (capsicum) dan daun hijau rapuh seperti salad Romaine. Boleh pasangkan dengan daging atau ayam. Untuk bahan rapuh tambahan, boleh guna badam atau walnut. Untuk letusan rasa manis/masam boleh letak kismis kuning/hitam atau kranberi kering.
Sesuai untuk ayam, daging atau ikan. Sesuai untuk pelbagai salad. Bahan rapuh kuaci labu/bunga matahari. Bahan masam/manis boleh letak tomato kecil.
Sesuai untuk pelbagai jenis salad terutama daun-daun lembut dan pahit seperti arugula, frisse atau rodico. Serasi dengan ayam, daging dan ikan berlemak seperti salmon. Bahan rapuh boleh guna badam/walnut/kacang pain. Bahan masam/manis boleh guna kranberi kering/strawberi dihiris.
Sesuai dengan ikan, tempe atau tauhu digoreng sedikit. Enak dengan salad kubis panjang ditambah daun bawang dan timun. Bahan rapuh boleh guna gajus atau snek maruku ikan/Mimi yang panjang-panjang itu. Bahan masam/manis boleh guna kranberi kering.
Sesuai dengan pelbagai salad termasuk sengkuang dan taugeh. Enak dengan ayam, ikan, tempe atau tauhu. Bahan rapuh boleh tambah bijan, kacang tanah atau gajus. Bahan masam/manis boleh guna halwa halia/nanas.
Sesuai untuk ayam, ikan, sotong, udang (makanan laut) tempe dan tauhu. Sesuai dengan pelbagai salad. Bahan rapuh gajus, kacang tanah, bijan atau walnut. Bahan masam/manis halwa halia/ nanas.
Jadi, kalau nak makan saalad pun dah tak bosan lepas ni. Banyak kuah salad yang boleh korang pilih sendiri.
Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid
Baca juga: Beza Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang! Ini Tips Penyediaan Dan Petua Tepat!