Berada di jalan raya boleh mendatangkan pelbagai risiko pada diri sendiri dan pengguna lain. Jadi, untuk menjaga keselamatan, seharusnya sikap bertolak ansur dan toleransi itu perlu ada pada semua pengguna jalan raya.
Namun, tak semua pemandu di jalan raya mempunyai sifat yang bertanggungjawab. Paling menyedihkan apabila setelah melakukan kesalahan, mereka terus melarikan diri untuk elakkan tanggungjawab. Di laman TikTok, situasi tersebut telah terjadi baru-baru ini yang undang pelbagai respon dari warganet.
Seorang pengguna TikTok mrdanny53 telah memuat turun sebuah video pendek yang memaparkan aksi seorang pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab.
https://www.tiktok.com/@mrdanny53/video/7017090787326446875?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@mrdanny53 langgan lari ..share geng bagi viral ini kereta .. langgar abg foood panda.share ramai2 #fypシ #gengpakcikketiak🤝🤝🤝🤝🤝 #kamisempoi #langgarlari ♬ original sound – MR DANNY🟥🟨🟥
Menurut dakwaan, pemandu tersebut terus sahaja melarikan diri selepas melanggar seorang penghantar Foodpanda di atas jalan raya.
Di ruangan komen, beberapa warganet meluahkan kerisuan pada penghantar Foodpanda yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Rata-rata mereka mendoakan semoga abang Foodpanda berkenaan tidak mengalami kecederaan teruk.
Namun, ada juga warganet yang tampil untuk memaklumkan bahawa individu yang telah melanggar penghantar Foodpanda tersebut telah tampil di balai polis untuk menyerahkan diri.
Semoga abang Foodpanda tidak mengalami apa-apa kecederaan parah dan cepat sembuh. Harap perkara ini tidak berulang lagi dan cepat diselesaikan.
Kepada pemandu jalan raya yang lain, tak kira penuggang motosikal atau pemandu kereta dan lori, semoga lebih berhati-hati di jalan raya. Jika kita semua mempunyai sifat toleransi di jalan raya, InshaAllah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
Kredit: TikTok mrdanny53