Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Perasan Tak Bila Kita Pergi Ke Kedai & Tiba-Tiba Datang Ramai Orang, Mungkin Kita Pembawa Rezeki Kepada Kedai Tersebut

Perasan Tak Bila Kita Pergi Ke Kedai & Tiba-Tiba Datang Ramai Orang, Mungkin Kita Pembawa Rezeki Kepada Kedai Tersebut

Kategori:

Pelanggan adalah pembawa rezeki kepada peniaga yang menjual pelbagai produk yang ada. Kebiasaannya makananlah yang akan menjadi sasaran utama kepada semua orang.

Pernah tak anda terfikir atau pernah terjadi kepada anda sendiri, apabila anda masuk ke kedai tersebut dan tiba-tiba orang ramai. Ini yang dikatakan anda sendiri pembawa rezeki kepada kedai tersebut.

Perasan Tak Bila Kita Pergi Ke Kedai & Tiba-Tiba Datang Ramai Orang, Mungkin Kita Pembawa Rezeki Kepada Kedai Tersebut

Video yang dikongsikan daripada iamhaikalaiman, di mana beliau sedang pergi ke kedai makan dan tiba-tiba ramai orang datang ke kedai tersebut.

Pelik tapi benar, sesungguhnya ia memang terjadi kepada sesetengah orang termasuk saya si penulis artikel ini sendiri.

pembawa rezeki

Rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu luas. Apabila disebutkan pelanggan itu pembawa rezeki maksudnya kita sebagai pelanggan menjadi perantaraan untuk peniaga dan memberi rezeki kepada mereka.

Mungkin anda mempunyai aura magnet yang tersendiri untuk menarik orang lain berkunjung juga ke kedai tersebut. Tapi diingatkan juga bahawa mungkin itu benar-benar rezeki kedai tersebut dan anda bukan puncannya.

@iamhaikalaiman

Im the real walking “pelaris”

♬ THATS MY GAL – 🤍🤍

@iamhaikalaimanIm the real walking “pelaris”♬ original sound – ѕтα¢є🫶🏼

Kita Ini Pembawa Rezeki

Menjengah di ruangan komen, perkara ini turut terjadi kepada mereka.

“Pernah kena situasi macam ni, siap tuan kedai notice sebab aku la customer pertama untuk haritu”, komen netizen Friday On Friday di video ini hingga tuan kedai perasan tentang perkara itu.

“Mak cakap, kita pembawa rezeki ni alhamdulilah”, komen Dee bahawa maknya memberitahu bahawa keluarga beliau yang membawa rezeki kepada kedai tersebut.

pembawa rezeki pembawa rezeki pembawa rezeki pembawa rezeki

Lain pula dengan konsep ‘pelaris’, dimana si peniaga yang kufur ini meletakkan segalanya kepada pelaris tetapi bukannya kepada Allah SWT. Ini adalah perkara yang menyekutukan Allah SWT dan berdosa besar.

Jadi, percayalah jika kita memberi, Tuhan akan membalasnya dengan lebih lagi. Percayalah, segala rezeki datang daripadaNya dan semoga semua dipermudahkan urusan.

Kredit: iamhaikalaiman

Baca Juga: “Panggil Dia..Panggil Dia..”, Budak Perempuan Bantu Peniaga Mangga Cari Rezeki, Tindakan & Kepandaiannya Memukau Netizen!

tags: | |