Sejak kebelakangan ini banyak yang berkongsi mengenai kejadian diri mereka disantau, disihir atau pun dianiaya. Kebiasaannya mereka yang terkena ini kerana ada yang berasa iri, marah serta dengki kepada mangsa. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila yang melakukan hal terkutuk ini adalah orang Melayu kita.
Mereka kebanyakan rasa cemburu dengan kejayaan rakannya atau keluarga terdekatnya sehingga nekad menyihir atau menyantau. Malah terbaharu ada kisah mengenai seorang wanita yang disantau dan disihir sehingga meninggal dunia. Kesian bukan?
Selain santau atau disihir sehingga meninggal ada juga sesetengah individu yang mahukan gerai atau perniagaan orang terdekat mereka ditutup. Kebiasaanya mereka ini akan menggunakan tanah kubur, bangkai dan duit syiling.
Berkenaan dengan penemuan duit syiling ini, hal tersebut juga berlaku kepada Puan Lily iaitu pengusaha gerai Kopi Cedok.Β Menurut Puan Lily menerusi aplikasi TikTok miliknya, selepas 1 jam setup gerai tiada pelanggan yang datang. Namun tiba-tiba pekerjanya ternampak duit syiling bawah meja tempat mereka berniaga. Sangat sedih dengan situasi itu, dia sempat bertanya kenapa buat dirinya.
Tambah wanita ini lagi, dia tidak menyangka akan ada orang yang dengki atau buat seperti ini memandangkan dia niaga tak usik orang. Ekoran penemuan itu, dia meminta pekerjanya mencampak jauh duit syiling berkenaan. Selepas itu, baru ada pelanggan yang mengunjungi kedainya. Malah pelanggan tersebut juga sempat berkata bahawa nampak gerai miliknya tutup.
Kejadian ini nyatanya membuatkan Puan Lily hilang semangat. Katanya penat, hilang separuh jiwa. Dia yang kental pun boleh surrender.Β
@pakdonshq Perlu ke aniaya bisnez orang lain? Aku tak usik orang pon ππ #fyp #fyplahh #misteri #kopicedok
β¬ suara asli – ππ’ππ’π€_π πππ«ππ ππ¬ – Didik fabregas
@cikbunga_lily Perlu ke aniaya bisnez orang lain? Aku tak usik orang pon ππ #fyp #fyplahh #misteri #kopicedok β¬ suara asli – ππ’ππ’π€_π πππ«ππ ππ¬ – Didik fabregas
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pendapat dan reaksi dari warganet. Ada yang tidak percaya dan ada juga yang bercerita pengalaman yang hampir sama. Temui duit syiling padahal dia tidak pernah jual benda baki syiling.
Malah ada juga yang sempat meninggalkan komen, mengatakan bukan kata kedai makan. Klinik pun kena. Jumpa syiling merata dan selepas solat hajat baru reda.
Buat rakyat Malaysia, sudah-sudahlah melakukan khianat kepada orang. Pada mulanya memang kita senang melihat mangsa-mangsa ini jatuh namun akhirnya nanti kita yang bakal dapat balasannya. Didoakan semoga kita semua dilindungi dari menyakiti dan tersakiti.
Kredit: TikTok Puan Lily
Baca juga: Selamatkan Kucing Yang Digigit Anjing Dalam Hujan, Ramai Ucap Terima Kasih Buat Rider Foodpanda Ini