Produk tiruan semakin hari semakin banyak dijual di pasaran. Lebih-lebih lagi produk kesihatan dan kecantikan. Pelbagai cara sudah dilakukan oleh pihak pemilik asli produk namun tetap tiada kesudahannya.
Antara produk yang sering ditiru oleh golongan yang tidak bertanggungjawab adalah madu. Sehinggakan ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak berani untuk membeli madu yang dijual oleh mana-mana kedai.
Mereka kebanyakan lebih selesa untuk membeli madu dari orang kampung atau individu yang boleh dipercayai. Walaupun pelbagai cara sudah dilakukan oleh pihak pemilik tidak kira sama ada membuat aduan pihak berwajib, namun hingga ke saat ini tetap tiada tindakan.
Hal tersebut sempat dikongsikan oleh pemilik Madu Khaula, apabila sudah lama produknya diciplak dan sudah membuat laporan polis, myipo dan KPDNKK namun hingga saat ini tetap tiada tindakan.
Sehingga pemilik produk berkenaan terpaksa turun padang dan mengunjungi kedai yang menjual produk palsunya. Seperti mana yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok oleh ellamnsr mengenai hal tersebut.
Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik berkenaan sangat bengang dengan apa yang berlaku. Mana tidaknya, anak didiknya sendiri yang sanggup membuat perbuatan keji tersebut.
Malah sebelum ini dia sudah berpesan supaya jangan bekalkan produk tiruan jenamanya. Namun peniaga tersebut berdegil malah mereka juga kedengaran sempat bergaduh mulut.
@ellamnsr Korang tolong sebarkan dan pilih Madu Khaula yang original.. kita boleh bezakan dgn packaging .. boleh lihat di video part akhir.. Semoga Allah membalas budi korang yang membantu kami
@ellamnsrKorang tolong sebarkan dan pilih Madu Khaula yang original.. kita boleh bezakan dgn packaging .. boleh lihat di video part akhir.. Semoga Allah membalas budi korang yang membantu kami♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Malah menerusi video lain, pemilik produk madu tersebut meminta tolong dan merayu agar orang ramai menviralkan tentang madu asli dan madu tiruan jenama keluarannya dan dalam masa yang sama agar pihak atasan mengambil tindakan yang sewajarnya.
@ellamnsr Reply to @drumdrum5019 penyambungan video yg viral ttg produk kami diciplak part 1
@ellamnsr Reply to @workforjoy ♬ original sound – EllaMansor🤍 Honey&Scent
@ellamnsr Reply to @workforjoy mintak mohon terus share vid viral produk sy diciplak .. supaya pihak atasan ambil tindakan
@ellamnsr Reply to @workforjoy ♬ original sound – EllaMansor🤍 Honey&Scent
Sudah bertahun beliau berhadapan dengan situasi ini, turun naik pejabat untuk mengadu dan membuat laporan namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan lagi.
Mungkin sudah buntu dan tidak menemui jalan untuk menghentikan pengeluaran madu tiruan jenamanya, pemilik Madu Khaula akhirnya meminta orang ramai untuk berkongsi video berkenaan.
Tiada harapan lain, katanya pihak mereka hanya berharap agar orang ramai dapat merasai madu asli gred A dengan harga yang berpatutan. Sempat juga meminta warganet untuk menyokongnya dan membantu orang ramai yang sudah ditipu dengan produk tiruan.
@ellamnsr Reply to @encikkayu semoga tuan2 dimurahkan rezeki yg mne share bantu kami.. semoga Allah permudahkan segala urusan tuan2
@ellamnsr Reply to @encikkayu ♬ original sound – EllaMansor🤍 Honey&Scent
Semoga pihak atasan mengambil tindakan yang sewajarnya secepatnya. Buatlah sesuatu supaya ramai lagi pengasas produk yang tidak melalui nasib yang sama. Buat pelanggan dan masyarakat di luar sana, pastikan Madu Khaula yang anda beli adalah produk yang asli.
Pastikan dan ingat setiap perbezaan bagi setiap bungkusan Madu Khaula asli dan tiruan. Semoga ia tidak mendatangkan keburukan kepadan kedua-dua belah pihak.
@ellamnsr Reply to @wanizzat98 Terima Kasih tuan kerana membeli madu Khaula . Semoga vid ini dapat menyelesaikan kekeliruan antara produk Madu Khaula yang ori dan Fake,doakan kami , kami mmg cuba sebaik mungkin untuk selesaikan isu ni. Dan terima kasih juga tuan memberi komen sokongn yg positif, semoga dipermudahkan segla urusan tuan
@ellamnsr Reply to @wanizzat98 ♬ original sound – EllaMansor🤍 Honey&Scent
Sumber: ellamnsr
Baca juga: Status Halal KitKat Diragui, Tanda Halal Hanya Ditampal. Lelaki Ini Mohon Penjelasan Orang Ramai