Umum mengetahui, pelakon dan juara Hero Remaja, Fattah Amin sedang hangat dengan kes penceraian selepas bercerai dengan pelakon serta usahawan, Fazura.
Terbaru, Fattah dipanggil menjadi salah seorang hos dalam sesi live jenama makanan sejuk beku Pak Mat Western yang terkenal dengan menu kambing perap.
Sesi live itu mendapat lebih 100,000 penonton dengan 44 juta tanda suka atau like, penangan pelakon Hero Seorang Cinderella itu.
Menurut laporan Kosmo!, kemunculan Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin sebagai artis jemputan bagi menjual Kambing Perap Pak Mat Western dan dianggarkan terjual hampir 10,000 set dengan setiap satu set mempunyai tiga pek kambing perap yang dijual pada harga RM89.90.
Sesi live selama tiga jam bermula pukul 9 malam semalam itu turut mendapat reaksi positif daripada peminat terhadap penjualan Kambing Perap Pak Mat Western berkenaan.
Sebagai info, pada 12 Oktober lalu Fattah yang pertama kali melakukan siaran langsung dalam aplikasi berkenaan telah berjaya meraih hampir 50,000 tontonan pengguna dan mendapat lebih 26 juta tanda suka.
Sumber: Kosmo
Baca juga: Jual Pau Sambil Menari Tarian Melayu, Cara Unik Promosi Peniaga Ini Tarik Minat Orang Ramai Membeli