Sempena Hari Raya ni, pasti anda teruja nak jamu pelbagai juadah untuk keluarga dan tetamu yang bertandang. Walaupun kali ni kita raya dengan kejutan besar, namun ia pastinya tak mematahkan semangat semua untuk sajikan yang terbaik pada lebaran kali ini.
Selain ayam dan daging, anda pasti sudah stokkan macam-macam barang basah termasuklah makanan laut.
Antara pilihan makanan laut yang menjadi pilihan pada Hari Raya adalah ketam kerana ianya enak untuk dimasak dalam pelbagai masakan. Ada juga yang amalkan ia sebagai penawar berkesan untuk redakan demam.
Apabila dapat ketam yang segar dari pasar, memang teruja ibu-ibu nak masak. Namun, apabila ketam itu terlampau segar dan masih lagi hidup, boleh jadi buntu mereka untuk ‘berlawan’ dengan haiwan tersebut. Terus tak jadi masak!
Di laman TikTok, seorang pengguna, muzafarahamad, berkongsi dilema apabila niat untuk menyiang ketam tidak kesampaian kerana ianya masih lagi segar dan hidup.
Berada di dalam sinki, dua ekor ketam tersebut kelihatan agresif sehingga individu itu putus harapan dalam ‘pertarungan’ itu dan minta bantuan dari warganet.
@muzafarahamad♬ Tujh Mein Rab Dkhat by Nurinlofa – ㅤN U R I N L O F A
Jelas bahawa pertarungan tersebut kelihatan sengit dan haiwan itu tak mudah mengaku kalah untuk menyelamatkan diri.
Jadi, beberapa warganet telah tampil dengan beberapa ‘strategi’ yang hebat untuk menewaskan haiwan itu.
Ada beberapa warganet yang berasa terhibur dengan pelbagai komen yang ditinggalkan. Boleh tahan juga ‘strategi’ mereka ini.
Bagi anda, ‘strategi’ mana satu yang paling berkesan untuk mengalahkan ketam-ketam tersebut? Kalau anda juga mempunyai cara tersendiri, boleh lah kongsi di ruangan komen agar dapat membantu orang lain juga yang tengah ‘berperang’ dengan haiwan itu.
Jangan salah taktik pula, takut nanti jari yang menjadi mangsa.
Kredit: TikTok muzafarahamad