Untuk berjimat dari segi belanja, ramai di antara kita yang lebih suka untuk memasak dan membawa bekal dari rumah. Tapi perkara itu sangat memenatkan, lebih-lebih lagi jika kita terlalu sibuk dengan aktiviti seharian.
Bila datang semangat rajin, ada sahaja mereka yang sanggup tidur lewat atau bangun awal semata-mata untuk menyediakan bekal makanan. Tapi jika ianya ‘diusik’, sudah tentu kita akan berasa hampa.
Seperti yang telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok, xllpp_ yang telah berkongsi rasa kecewa apabila melihat kek yang telah disediakannya sebagai bekal untuk ke sekolah hanya tinggal separuh pada keesokan harinya.
Menurutnya, dia menghabiskan masa sepanjang malam untuk menyediakan sebiji kek untuk dijadikan sebagai bekal makanan di sekolah.
Disimpan dalam bekas, dia juga tidak lupa pada ahli keluarga di rumah dan menyediakannya satu bekas lagi untuk mereka.
Namun apabila bangun pagi dan ingin bersiap sedia untuk ke sekolah, dia rasa terkilan apabila melihat kek yang telah diasingkan sebagai bekal hanya tinggal separuh dan telah dimakan.
Perkara itu membuatnya sebak dan dia juga tak sangka mereka di rumah sanggup mengambil bekalnya walaupun sudah diasingkan.
https://www.tiktok.com/@xllpp_/video/7168224659161353499?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@xllpp_dah letak yg untuk dimakan kat ruang tamu..but still hmm..sorry gegar sbb shaking..susah lah jadii org hati tisu ni cam tu pun nk nangis🤌btw saja nak ngadu kt tiktok..tk de tempat ngadu♬ Bebaskan Diriku Cover – ♪Ded
Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang melihat perkongsian itu turut memahami perasaan gadis itu. Rata-rata meninggalkan komen positif dan memujuknya untuk tabah.
Jelas seorang pengguna, “Dia frustrating tau. Sebab kita dah excited nak bawa yang khas untuk share dengan kawan-kawan, jadi hancur expectations tu.”.
Manakala ada juga yang cuba memujuknya untuk lihat perkara itu dari segi positif, “Okay la tu, buat kek sedap. Orang makan sampai separuh dah tu. Nanti buat banyak-banyak. Biar semua dapat rasa kek awak buat tu sedap.”.
Bila perkara sama yang menimpa kita, sudah tentu kita akan faham kekecewaan gadis itu. Tapi bila dipandang dari sudut positif, mungkin ada betul yang dikatakan oleh seorang netizen. Mungkin kek itu terlalu sedap, sebab itu lah sampai hampir habis.
Walau apapun dik, jangan sedih lama-lama tau. Mungkin perkara itu tidak disengajakan ahli rumah, lain kali boleh buat banyak lagi.
Kredit: xllpp_
Baca Juga: Kongsi Nasi Kandar Dengan Burung Gagak, Tindakan Mulia Pelanggan Ini Buat Ramai Terharu