Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penat Masak Di Dapur, Gadis Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Ibu Bapa

Penat Masak Di Dapur, Gadis Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Ibu Bapa

Kategori:
PENAT MASAK DI DAPUR

Kerja memasak bukanlah hal yang mudah. Memerlukan masa dan terdedah pada pelbagai bahaya dan risiko, penat lelah itu berbaloi apabila kita melihat orang lain turut menikmati hidangan yang dimasak dengan penuh selera.

Namun, citarasa setiap orang berbeza-beza. Tak semua orang akan menggemari hasil masakan kita, termasuk ahli keluarga sendiri tapi sesiapa sahaja akan berasa sedih apabila hidangan yang penat-penat disediakan tidak disentuh langsung.

Penat Masak Di Dapur, Gadis Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Ibu Bapa

Terbaharu, seorang gadis (identiti dirahsiakan), telah berkongsi rasa kecewa dengan sikap kedua ibu bapanya menerusi sebuah perkongsian di media sosial. Menurutnya, dia telah ke dapur untuk menyediakan hidangan buat mereka sekeluarga untuk dicuba.

Setelah mencari resepi yang sesuai, gadis itu ingin mencuba sesuatu yang ringkas tapi tetap digemari. Dipercayai telah menyediakan satu periuk mi segera bersama beberapa biji telur, dia menghidangkannya buat seluruh keluarganya untuk dicuba. PENAT MASAK DI DAPUR

Namun begitu, gadis itu berasa kecewa apabila ibu dan bapanya tidak merasai lansung hidangan yang telah penat dimasak. Tidak ingin membazir dan ingin memujuk, abangnya cuba menghabiskannya bagi pihak ibu dan bapa mereka.  PENAT MASAK DI DAPUR PENAT MASAK DI DAPUR

Rasa seperti membazir dan tidak dihargai, gadis itu berasa sangat sedih dan kecewa dengan sikap kedua ibu bapanya.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memahami kekecewaan gadis itu tapi seorang pengguna, abcdeffa9, cuba memujuknya untuk bersangka baik pada ibu bapanya. Menurutnya, perkara ini sudah menjadi hal yang biasa memandangkan selera ibu bapa sangat berbeza dengan anak-anak. Oleh itu, janganlah terlalu menyimpan perkara itu di hati.

Selera Berbeza, Bukan Niat Untuk Lukakan Hati PENAT MASAK DI DAPUR

Tipulah kalau kata tak terasa jika keluarga tak sentuh makanan yang telah disediakan. Walaupun hidangan itu ringkas sahaja untuk dimasak, sekali-sekala kita ingin rasa usaha kita juga dihargai tapi janganlah menyimpan perkara itu di hati, ini kerana selera setiap orang berbeza-beza, mustahil untuk puaskan semua.

Baca Juga: Temui Nota Pelik Di Sekitar Kedai Makan Bandar Sri Putra, Lelaki Ini Berasa Hairan

tags: | |