Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Frust Betul..” – Penat Masak Macam-Macam Lauk Untuk Keluarga, Wanita Ini Akhirnya Kecewa Bila..

“Frust Betul..” – Penat Masak Macam-Macam Lauk Untuk Keluarga, Wanita Ini Akhirnya Kecewa Bila..

Kategori:
Penat Masak

Tugas memasak selalu jatuh pada si ibu. Namun kerana penat menguruskan keluarga atau sibuk bekerja, mereka tidak mempunyai masa untuk berbuat begitu.

Tapi bila datang rajinnya, tentu macam-macam lauk yang akan disediakan hingga rasa tak sabar untuk mengajak semua anak-beranak cuba. Walaupun begitu, hati-hati dan periksa setiap hidangan yang disediakan kerana anda mungkin terlepas sesuatu.

“Frust Betul..” – Penat Masak Macam-Macam Lauk Untuk Keluarga, Wanita Ini Akhirnya Kecewa Bila..

Kejadian itu telah dikongsikan oleh zabell.com.my menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok.

Kisahnya, wanita itu mempunyai sedikit masa terluang dan terasa rajin untuk ke dapur. Menyediakan pelbagai lauk-pauk seperti ayam goreng, tomyam, telur dadar dan sambal bilis goreng, dia sudah begitu teruja ingin menjamu seisi keluarga. Penat Masak

Bersungguh-sungguh menghidangkan kesemuanya dna mengajak semua makan, dia bagaimanapun mula menyedari sesuatu yang tidak kena.

Diperiksa dalam periuk nasi, wanita itu baru menyedari bahawa dia telah terlupa untuk menekan butang bagi memasak nasi. Ingatkan dah buat begitu! Penat Masak

Akhirnya, dia pula yang kecewa. Baru sahaja beria nak menjamah lauk dengan nasi, mereka sekeluarga terpaksa menunggu lagi sementara nasi siap dimasak.

@zabell.com.my

Siapa pernah mcm ni.. Frust betul especially bila ko tengah lapar betul 😥🤣 #fyp #kecewa #akupeniagakecil

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

@zabell.com.my Siapa pernah mcm ni.. Frust betul especially bila ko tengah lapar betul 😥🤣 #fyp #kecewa #akupeniagakecil ♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Menjengah di ruangan komen pula, ramai yang turut tampil berkongsi pengalaman yang sama. Kelihatan bukan sahaja dirinya tapi ramai juga yang ‘terbabas’!

“Pernah jadi time nak buka puasa, sebelum tu nasib sempat tengok baru la tekan.”, luah seorang wanita.

Manakala cerita seorang lagi, “Okey la tu. Saya kena masa bulan puasa, kemurungan masing-masing. Last-last ratah lauk je dulu. Dah la semua balik masa tu!”.

Ramai Juga Pernah Tersilap, Paling Sakit Semasa Bulan Puasa Penat Masak Penat Masak

Sesiapa yang pernah terkena perkara yang sama tentu akan faham persaan wanita ini. Niat baru sahaja nak bagi keluarga rasa air tangan tapi akhirnya ini pula yang terjadi, sabar sahaja lah!

Kredit: zabell.com.my

Baca Juga: Beli Aiskrim Malaysia Perisa Choki-Choki, Wanita Ini Terkejut Bila Jumpa Sesuatu Yang Aneh

tags: | | |