Bila baru sahaja mula membuka perniagaan kedai makan, peniaga tentu akan hadapi pelbagai cabaran. Selain kekurangan staff dan bahan-bahan, peniaga juga barangkali tidak mempunyai peralatan dapur yang baik dan mampu menjimatkan masa penyediaan makanan.
Jika kehabisan makanan, pelanggan juga terpaksa menunggu lama untuk makanan siap dimasak. Hal tersebut akan membuat pelanggan berasa tidak puas hati dan tak akan kembali lagi. Sangat merugikan.
Seperti mana yang terjadi pada seorang lelaki, qsyimir, baru-baru ini yang beria untuk mengunjungi sebuah kedai makan yang menjual Nasi Lemak kukus namun kecewa kerana nasi tersebut telah habis dan dia terpaksa menunggu 20 minit untuk nasi yang dimasak diatas dapur siap.
Demi nasi lemak yang dinantikan, dia terpaksa menunggu selama 20 minit. Sambil itu, lelaki itu sempat lagi meluangkan sedikit waktu dengan peniaga tersebut. Setelah nasi siap dimasak, lelaki itu bersyukur kerana nasi lemak tersebut sangat sedap, berbaloi menunggu.
Untuk memudahkan urusan memasak di dapur, terutamanya apabila nasi tiba-tiba sahaja habis semasa pelanggan sedang ramai, lelaki itu memilih untuk menghadiahkan periuk Noxxa untuk peniaga tersebut. Dalam masa 7 minit nasi sudah siap dimasak. Sangat cepat! Lelaki itu berharap dengan pemberian ini, ia akan memudahkan peniaga tersebut.
@qsyimir Nak makan nasi lemak. Tapi tak sangka pulak 😅 #nasilemak #makanlokal #noxxapreasurecooker #amwaybusinessowner #qsyimirlegacy
@qsyimir Nak makan nasi lemak. Tapi tak sangka pulak 😅 #nasilemak #makanlokal #noxxapreasurecooker #amwaybusinessowner #qsyimirlegacy ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan tersebut. Memudahkan urusan peniaga itu, mereka turut mendoakannya sentiasa dimurahkan rezeki.
Wah, bagus betul. Kalau orang lain, sudah tentu akan menyalahkan peniaga namun lelaki ini sangat memahami dan tak cukup dengan itu, sempat lagi menghadiahkan periuk Noxxa untuk peniaga. Sangat memudahkan. Terbaiklah bang.
Kredit: TikTok qsyimir