Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Penawar Katarak Dan Rabun Mata, Ustaz Rosdi Kongsi Petua Mudah Menggunakan Bunga Ini Sahaja.

Penawar Katarak Dan Rabun Mata, Ustaz Rosdi Kongsi Petua Mudah Menggunakan Bunga Ini Sahaja.

Kategori:
bunga bintang lima

Apabila usia makin meningkat, masalah katarak dan rabun mata merupakan masalah yang sering dihadapi oleh seseorang individu.

Masalah katarak dan rabun bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor usia tapi juga oleh radiasa ultraviolet dari cahaya matahari dan sumber lain, penyakit diabetes, hipertensi, obesiti, ketagihan dengan merokok, sejarah keluarga dan banyak lagi.

Zaman sekarang yang memerlukan seseorang sentiasa berhadapan dengan laptop atau gadget pada jangka waktu yang lama, jadi memang tak hairan jika masalah katarak dan rabun mata makin berleluasa di kalangan masyarakat kita.

Bagi anda yang mencari penawar semula jadi untuk merawat masalah katarak dan rabun mata, boleh lah mencuba penawar oleh Ustaz Md Rosdi Hasan.

bunga bintang lima

(Sumber: Khairul Rul)

Penawar Katarak Dan Rabun Mata Dengan Menggunakan Bunga Bintang Lima

Bahan-Bahan

  • Tiga kuntum bunga bintang lima
  • Segelas air

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan bunga bintang lima sehingga tiada habuk dan getah pada bunga itu.
  2. Ambil bunga bintang lima yang telah dibersihkan dan rendam ke dalam segelas air yang bersih selama 10 minit.
  3. Titiskan air dari pangkal batang bunga ke dalam mata, buat sampai habis tiga kuntum bunga itu tadi.

bunga bintang lima

Amalkan petua ini semnggu sekali untuk merawat mata anda. Namun, haruslah diingatkan bahawa mata anda terasa pedih tapi selepas itu, mata anda akan mula berasa selesa dan kembali sihat.

Penawar ini sering diamalkan oleh orang dahulu jadi ia merupakan petua yang sudah turun temurun. Selain untuk kesihatan mata, bunga bintang lima sangat bagus untuk menyembuhkan asma, merawat kanser, menyembuhkan sakit gigi dan banyak lagi.

Semoga info ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk anda. Amalkan bunga bintang lima untuk menjaga kesihatan.

Kredit: Ustaz Rosdi Hasan

Baca Juga: Ustaz Sharhan Kongsi Penawar Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Berkahak, Ramai Dah Cuba. Memang Menjadi!

tags: |