Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pencemaran Bunyi Buat Orang Rasa Terganggu Nak Bertenang, Ibu Bapa Harus Nasihat Anak Supaya Tidak Main ‘Lato-Lato’ Di Kawasan Umum

Pencemaran Bunyi Buat Orang Rasa Terganggu Nak Bertenang, Ibu Bapa Harus Nasihat Anak Supaya Tidak Main ‘Lato-Lato’ Di Kawasan Umum

Kategori:

Permainan Lato-Lato ini pada awalnya berasal dari negara seberang iaitu Indonesia. Pada pertengahan tahun lepas. Selepas itu, permainan ini pula viral di Malaysia dan telah menjadi trend kepada kanak-kanak bermula hujung tahun lepas.

Permainan ini haruslah diharamkan kerana ia boleh dikategorikan sebagai pencemaran bunyi kerana ramai yang mengadu bunyi ini. Salah satunya, apabila kita di kedai makan dan ingin mencari ketenangan untuk makan bersama keluarga tapi terpaksa hadap bunyi lato-lato tersebut.

Pencemaran Bunyi Buat Orang Rasa Terganggu Nak Bertenang, Ibu Bapa Harus Nasihat Anak Supaya Tidak Main ‘Lato-Lato’ Di Kawasan Umum

Video nasihat ini dikongsikan oleh ainhadi0505 di TikTok dan berasa amat geram kerana bunyi permainan lato-lato itu. Beliau ketika itu di kedai makan dan memperdengarkan bunyi bising itu dan beliau menyampaikan beberapa nasihat.

Beliau memberitahu, jika anaknya yang bermain permainan itu di kawasan umum. Beliau sendiri akan marah dan akan menampar anaknya sendiri kerana menganggu orang lain yang sedang relaks.

pencemaran bunyi

Selit nasihat beliau itu, kita dapat dengar bahawa beliau juga ingin menegaskan kepada ibu bapa kanak-kanak haruslah memainkan peranan yang penting.

Jika kita menjadi pelanggan di kedai makan itu, semestinya kita turut sekali jeling kepada kanak-kanak itu yang menghasilkan pencemaran bunyi itu malah wajar kalau kita jeling sekali ibu bapa mereka.

pencemaran bunyi

Benar apa yang dikatakan oleh beliau, kita haruslah memikirkan orang lain. Jangan lah jadi ibu bapa yang tidak peka langsung dengan keadaan sekeliling.

@ainhadi0505

tolong la,serabuk wehh bunyi benda ni skmo.. klu ank aku main tempat umum,mmg aku nampar la.. xde aroh ank ore😩please la,nk main bnda ni main rmh jah.. bunyi budak jerik xpo kta fhm.. bunyi bnda ni tolg la sbgai ibu bapa larang la ank2 main benda ni.. serabuk tahu dok😩

♬ bunyi asal – Ainhadi – Ainhadi Beauty

@ainhadi0505tolong la,serabuk wehh bunyi benda ni skmo.. klu ank aku main tempat umum,mmg aku nampar la.. xde aroh ank ore😩please la,nk main bnda ni main rmh jah.. bunyi budak jerik xpo kta fhm.. bunyi bnda ni tolg la sbgai ibu bapa larang la ank2 main benda ni.. serabuk tahu dok😩

♬ bunyi asal – Ainhadi

Ingat Kan Saya Je, Sakit Otak-Otak Rasa

Meninjau di ruangan komen, ramai setuju dengan kata-kata wanita ini kerana beliau wakilkan apa yang kita ingin katakan selama ini.

“Betul tu, kalau dengar benda tu. Mental tau, di mana-mana je ada bunyi lato-lato.”, komen netizen bernama Are_qilah mengatakan bahawa beliau sampai rasa mental apabila dengar pencemaran bunyi itu.

pencemaran bunyi pencemaran bunyi pencemaran bunyi pencemaran bunyi

Kebanyakan yang komen adalah masyarakat yang berasal dari Kelantan tetapi masih lagi boleh fahami komen tersebut.

Jadi, sebagai ibu bapa haruslah anda memain peranan yang penting dan janganlah bersikap seperti tuli. Kanak-kanak mungkin tidak faham akan keadaan kerana tiada siapa yang melarang dan memarahi bahawa perbuatan itu tidak elok.

Kredit: ainhadi0505

Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Kisah Beli Burger Modal RM10 Dapat Selamatkan Kawasan Kejiranan Dari Bunyi Bising Lato-Lato, Ramai Pula Yang Nak Tiru Rahsia Ni..

tags: | |