Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penebar Roti Canai Gaji RM2,000 Hingga RM3,000 Sebulan, Namun Sebahagian Kecil Saja Dari Orang Tempatan

Penebar Roti Canai Gaji RM2,000 Hingga RM3,000 Sebulan, Namun Sebahagian Kecil Saja Dari Orang Tempatan

Kategori:
penebar roti canai

Setiap kerja pasti ada kepayahan dan kesusahannya. Ia termasuk juga menjadi seorang penebar roti canai. Tidak disangkal bahawa menjadi penebar roti canai memerlukan minat yang mendalam kerana kerja berkenaan dipandang memenatkan bagi sesetengah orang.

Terbaharu, menurut laporan Harian Metro hari ini, rata-rata penebar roti canai di restoran mamak di Malaysia menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Ia termasuklah penginapan dan manfaat perubatan.

Penebar Roti Canai Gaji RM2,000 Hingga RM3,000 Sebulan, Namun Sebahagian Kecil Saja Dari Orang Tempatan

penebar roti canai

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Mulism Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib berkata, kebanyakan penebar akan dibahagiakan mengikut syif. Ia dibahagikan kepada dua syif iaitu kerja pagi dan petang.

Katanya, mereka akan menebar ratusan roti canai seawal jam 6 pagi, sehingga tengah hari sebelum digantikan rakan mereka sehingga malam.

“Presma mempunyai lebih 4,000 ahli dengan lebih RM10,000 restoran di seluruh negara. Pada masa ini terdapat kira-kira 25,000 penebar roti canai yang terlatih. Dan, sebahagian kecil sahaja terdiri daripada orang tempatan.

“Namun, isu kekurangan pekerja ketika ini menyebabkan ada penebar roti canai yang perlu bekerja lebih masa. Ini untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Kebanyakan mereka ini memiliki pengalaman di neghara asal. Dan selepas bekerja di negara ini dalam tempoh beberapa tahun, mereka lebih mahir menebar roti canai mengikut permintaan pelanggan.

Sebab Kurang Pekerja, Penebar Roti Canai Perlu Kerja Lebih Masa

penebar roti canai

“Sebelum ini Presma pernah menyediakan latihan kepada pekerja tempatan. Tetapi entah di mana silapnya, hanya dalam jumlah kecil saja yang boleh bertahan, selebihnya terpaksa bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini bagaimana untuk mengembalikan minat pekerja tempatan untuk membina kerjaya sebagai penebar roti canai sama ada di restoran Mamak ataupun gerai makan medan selera.

Katanya, ia penting sebagai persediaan untuk membuka perniagaan sendiri atau membina barisan penebar mahir bagi memenuhi permintaan di pasaran.

“Pekerja Tempatan Sedikit, Di Mana Silapnya”

penebar roti canai

Dalam perkembangan sama, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Amir Syarifuddin Abdul Majid berkata, belia pada masa kini kurang beminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini atas beberapa faktor.

Anataranya adalah mereka menganggap pekerjaan penebar roti canai hanya pekerjaan yang biasa-biasa saja. Selain itu, perubahan persepsi belia pada kerjaya berubah disebabkan dorongan pempengaruh di media sosial yang lebih bersifat populiis.

Dia juga menambah, bagi mengimbangi keperluan pada masa depan, piihak berwajib perlu mengetengahkan kemahiran roti canai di dalam jurusan yang berkaitan sebagai salah satu kaedah.

“Sebagai contoh, meletakkan modul pembelajaran pembuatan roti canai di dalam silibus pemberlajaran kulinari atak katering,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Datuk Vida Cakap Orang Melayu Dengki, Hantar Sihir Dekat Kedai Cik B Sampai Pelanggan Tak Nampak Kedai Buka

tags: | |