Pada zaman sekarang, pelbagai makanan dan minuman viral yang sedap semakin tular hari demi hari. Dengan memberikan rasa istimewa yang lain dari yang lain, pelanggan akan memberi maklum balas yang baik dan review yang menarik lalu terjadinya makanan viral.
Sama seperti nasi lemak viral yang selalu diperkatakan ramai di media sosial dan dari mulut ke mulut, nasi lemak beratur 7E, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari orang ramai. Ini dibuktikan dengan kesanggupan orang ramai yang sanggup beratur sehingga 2 jam lamanya dan ia dibuka seawal jam 4 pagi.
Seperti video yang tular semalam, seorang pelanggan berkongsi pengalaman membeli nasi lemak di situ dengan menjadi pelanggan pertama di sana yang menunggu gerai untuk buka. Dia bersama isteri mencuba nasib untuk membeli nasi lemak yang menjadi igauan ramai itu.
“Aku dan wife customer pertama nasi lemak beratur 7E. Memang sedap, wajib cuba.
“Buka pukul 4 pagi. Kalau nak datang beratur, wajib tengok update acik ni dekat FB dia. Dia akan update kalau dia close. Kang kesian beratur lama-lama tapi tak buka,” katanya menerusi video nasi lemak beratur 7E dengan memberikan rate 10/10 bagi rasa kesedapannya.
Menerusi video berkenaan, dia berkongsi video pelbagai lauk pauk yang dijual di situ. Lauk berkenaan menjadi pilihan untuk dimakan bersama nasi lemak berkenaan.
@su64dr memang sedap ! wajib cuba 🤩 #fyp #nasilemakberatur #nlb7e
@badrolsulaiman memang sedap ! wajib cuba 🤩 #fyp #nasilemakberatur #nlb7e ♬ SWIPE – jo
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen yang begitu kempunan untuk merasai nasi lemak berkenaan. Masing-masing menceritakan pengalaman gembira apabila dapat membeli nasi lemak tersebut dan ada juga yang sebaliknya apabila mereka beratur dan tidak sempat membeli kerana jualan habis awal.
“Saya beratur dari 3.30 pagi sampai 5.47 pagi tapi tak dapat-dapat lagi,” kata seorang netizen berkongsi pengalaman memberi nasi lemak beratur 7E.
“Betul sebelum pi kena tengok update FB acik ni. 2 kali pergi 2 kali tutup sebab salah sendiri excited sangat nak beratur. Sampai terlupa tengok FB acik,” komen netizen lain bernama Mama Laura.
“Sedap. Sambal pedas-pedas manis. Kalau pedas semata kang pijo pulak bibir,” kata Misharamazlan.
Jadi, korang kena try juga ni nasi lemak legend ni. Menurut pelanggan lama, nasi lemak di sini punya rasa tersendiri sebab peniaga dah lama meniaga dan mempunyai pelanggan tetap serta setia.
Okaylah, min pun nak pergi nanti. Kena beratur jam 12 lagi orang cakap! Semoga dapat lah ya.
Sumber: Subadrol Sulaiman
Baca juga: Peniaga Air Balang Teh Tarik Terima Teguran Ikhlas & Dapat Pujian Netizen, Ini Ceritanya..