Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nasi Je Free” – Tular Lelaki Kongsi Pengalaman Hadir Majlis Tapi Kena Bayar Lauk & Air Curi Perhatian Ramai

“Nasi Je Free” – Tular Lelaki Kongsi Pengalaman Hadir Majlis Tapi Kena Bayar Lauk & Air Curi Perhatian Ramai

Kategori: ,
bayar lauk

Jika kita berkunjung ke majlis kenduri, kebiasaannya pihak majlis akan menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang datang untuk meraikan pasangan pengantin.

Antara hidangan wajib yang biasa dihidangkan adalah nasi dan kuah kari serta pelbagai aneka lauk pauk lain serta manisan seperti apam balik, laksa, cendol dan banyak lagi untuk para tetamu datang.

“Nasi Je Free” – Tular Lelaki Kongsi Pengalaman Hadir Majlis Tapi Kena Bayar Lauk & Air Curi Perhatian Ramai

Namun begitu, lain pula dengan sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya hadir di kenduri yang memerlukan dia bayar lauk jika ingin makan di sana.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok dengan nama @sazalibinyaakob, kelihatan lelaki itu dan keluarganya hadir ke sebuah majlis yang dipercayai berlangsung di Thailand.

“First time dapat jemputan kenduri tapi lauk air minum kena bayar dulu,” tulisnya dalam hantaran bayar lauk kenduri berkenaan.

bayar lauk

‘Makan Sambil Menderma Untuk Bina Bangunan Tahfiz’ – Tuan Video

Susulan tularnya video tersebut, ada yang berkongsi pendapat sendiri tentang hal berkenaan.

Namun selepas itu, tuan video telah menyatakan tujuan sebenar mereka membeli lauk dan minuman tersebut.

“Makan sambil menderma untuk bina bangunan tahfiz..” balasnya pada sebuah komen memberikan penjelasan.

bayar lauk bayar lauk

Sumber: Sazalibinyaakob

Baca juga: Sambut Hari Jadi Kanak-Kanak Di Balai Bomba Dengan Percuma, Ini Caranya…

tags: