Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Selalu Umpan Makanan Bila Letih..” Gadis Kongsi Pengalaman Ikut Tunang Buat Grab

“Dia Selalu Umpan Makanan Bila Letih..” Gadis Kongsi Pengalaman Ikut Tunang Buat Grab

Kategori:
ikut tunang buat grab

Pekerjaan menjadi penghantar makanan adalah satu pekerjaan yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika seseorang itu tidak tahan dengan cuaca yang panas misalnya, dia bukanlah orang yang tepat untuk menjalankan pekerjaan ini.

Demi menyara diri sendiri sekaligus orang yang tersayang, pekerjaan sebagai penghantar makanan tidak kira Grab atau Foodpanda menjadi pilihan kebanyakan anak muda. Lebih-lebih lagi pada zaman yang susah untuk mencari pekerjaan di dalam sesetengah industri.

“Dia Selalu Umpan Makanan Bila Letih..” Gadis Kongsi Pengalaman Ikut Tunang Buat Grab

Terbaharu, seorang gadis yang bernama @epaazulkifli menarik perhatian netizen apabila dia berkongsi pengalaman mengikut tunangnya bekerja sebagai penghantar makanan (Grab) di laman TikTok.

Dalam masa yang sama, dia menceritakan pengalaman ikut tunang buat grab dan berpanas dengan tunangnya untuk sama-sama mencari rezeki. Tambahnya power bank dengan telefon tidak boleh dipisahkan dan tunangnya selalu mengumpan untuk membelanja makanan sedap apabila dia merungut keletihan dan mahu pulang.

ikut tunang buat grab

“Dia selalu umpan makanan biila kau kata nak balik (letih),” jelasnya bersama hantaran video tersebut.

ikut tunang buat grab

https://www.tiktok.com/@epaazulkifli/video/7104255156505546011?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@epaazulkiflimacam itu lah cite dia 🛵🤌🏻♬ Che La Luna – Louis Prima

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang berkongsi pengalaman sama dan berdoa agar urusan pasangan itu dipermudahkan. Ada yang mengimbau kembali kenangan dan memori menemani pasangan untuk sama-sama mencari duit dan rezeki sebagai penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai rider.

Mengambil komen seorang pengguna TikTok lain @adilamohsin, dia berkata, “waktu kena teman suami deliver barang pun macam tu. Umpan makan bila cakap letih la, jemu la,” tulisnya dalam ruangan komen hantaran berkenaan.

Ada juga netizen lain yang memberi komen sama, “saya pun pernah ikut husband buat grab. Panas dan biasa sebab saya pun pernah jadi rider grab. Semoga  dipermudahkan urusan untuk sis,” kata @FiezaAllison.

“Teringat teman Suami Buat Grab Juga..”

ikut tunang buat grab

Dalam kes ini, mungkin ada yang melihat sebagai satu tindakan positif dan mungkin ada yang berpandangan sebaliknya. Tetapi, untuk seseorang menghukum orang yang tidak dikenali mereka, ia agak tidak adil. Jadi, langkah terbaik adalah doakan yang terbaik buat semua dalam mencari rezeki serta menghadapi hari-hari mendatang.

Tetapi perlu diingatkan, menurut hitam putih, tindakan ini agak berbahaya kerana apabila berlaku kemalangan, hal akan menjadi sulit kerana yang berdaftar dengan pihak Grab adalah orang yang bekerja sahaja.

Sumber: @epaazulkifli

Baca juga: Baik Hati Suap Pesakit Warga Emas Yang Keseorangan, Pak Guard Hospital Ini Dapat Pujian Netizen

tags: | |