Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Kongsi Pengalaman Membeli Di Bazar Ramadan Australia, Ramai Tak Percaya Sebab Penuh Dengan Warga Malaysia

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Membeli Di Bazar Ramadan Australia, Ramai Tak Percaya Sebab Penuh Dengan Warga Malaysia

Kategori:
bazar Ramadan Australia

“Ingatkan dekat Malaysia”. Itu lah reaksi rata-rata netizen apabila melihat video seorang wanita berkongsi pengalamannya membeli juadah berbuka puasa di sebuah bazar Ramadan Australia.

 Pemilik akaun TikTok @cikroseaussie, berkongsi kemeriahan suasana bazar Ramadan di Australia.

Katanya, bazar tersebut terletak di Noble Park, Melbourne, Australia dan menariknya, gerai-gerai di sana tidak ubah seperti di Malaysia kerana rata-rata peniaga dipercayai warga Malaysia.

Lokasi Di Noble Park, Melbourne Australia bazar Ramadan Australia

Juadah yang dijual seolah-seolah membuatkan para pembeli seakan-akan berada di Malaysia dan bukannya Australia susulan terdapat laksa, ikan bakar, sotong bakar, nasi kerabu, nasi ayam, keropok lekor, popia, otak-otak dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, sebahagian besar pengunjung yang datang ke bazar itu juga adalah daripada kalangan rakyat Malaysia selain warga tempatan yang juga tidak terkecuali. bazar Ramadan Australia

Klip berdurasi 1 minit 4 saat itu memaparkan orang ramai sanggup beratur panjang di beberapa gerai.

Netizen macam tak percayabazar Ramadan Australia

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat kemeriahan bazar berkenaan. Ada juga yang seolah-olah tidak percaya bahawa bazar itu terletak di Australia.

@cikroseaussie 🌹🌹 Assalamualaikum 🌹@Azzeem O’Mycine 🌹 Noble park Melbourne, Australia. ❤️❤️. #nuzululquran #bissmillah #doakanbaikbaik #ikuttrendtiktok #ramadhan #aseanteam🇮🇩🇲🇾🇵🇭🇸🇬🇧🇳🇹🇭🇲🇲🇰🇭🇱🇦🇻🇳 #tiktokviral ♬ Angklung Ramadhan Tiba – Bayanaka

Berikut antara komen daripada netizen terhadap video tular bazar Ramadan Australia;

“Betul ke dekat Australia ni?” tanya seorang pengguna.

“Ni dekat Cocos Island Australia kan,” tanya salah seorang pengguna lagi.

Amazing.. Apa yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia?” komen seorang lagi pengguna.

“Ingatkan tadi dekat bazar di Malaysia, sebab meriah,” kata seorang lagi pengguna.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 500,000 tontonan dengan lebih 24,000 tanda ‘suka’ serta komen daripada warganet.

Sumber: cikroseaussie

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Momen Buka Puasa Di Rumah Kawan Bangladesh, Puji Masak Makanan Sedap

tags: |