Siapa sangka wabak COVID-19 ini mampu menular ke Malaysia pada asalnya hanya bermula di China. Penularan ini sekaligus mendesak pihak kerajaan untuk mengarahkan orang ramai untuk stay at home menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (pkp) sehingga 14 April 2020 setakat ini.

Penganjur cadang batalkan bazar Ramadan kerana wabak COVID-19

Disebabkan hal itu, penganjur bazar Ramadan di Johor mengumumkan cadangan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadhan di negeri itu berikutan wabak Covid-19.

Persatuan Penggerak Pengguna Johor yang diketuai oleh Md Salleh Sadijo menyatakan, walaupun bazar Ramadan ini merupakan peluang untuk para peniaga mendapatkan sumber rezeki namun kehadiran wabak Covid-19 pada tahun ini ternyata lebih serius daripada segalanya.

Penganjuran bazar Ramadan juga secara tidak langsung telah membuka peluang kepada orang ramai berada di satu tempat yang ramai sekaligus meningkatkan peluang penyebaran wabak di kalangan penjual dan pembeli.

Beliau juga berharap, cadangan untuk membatalkan bazar Ramadan dipersetujui oleh pihak kerajaan negeri.

Sumber: TheVocket

Baca juga: Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya

 

(This post has been visited 365 times!)