Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pengasas Biskut Lejen Famous Amos Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Pengasas Biskut Lejen Famous Amos Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Kategori: ,
Famous Amos

Pengasas biskut coklat terkenal, Famous Amos iaitu Wally Amos dilaporkan telah meninggal dunia.

Menurut Laporan Berita Harian, beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat komplikasi demensia.

Pengasas Biskut Lejen Famous Amos Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

“Dia adalah wira asli Amerika Kulit Hitam yang sebenar. Dengan topi Panama, kazoo (sejenis alat muzik), dan keyakinan yang tidak terbatas.

Famous Amos

“Famous Amos adalah kisah kejayaan Amerika Syarikat (AS) yang hebat. Ini sumber kebanggaan orang kulit hitam. Ini sumber kebanggaan orang kulit hitam,” kata anaknya.

Difahamkan, Amos membuka kedai pada 1975 di Sunset Boulevard, Los Angeles dengan menjual biskut coklat bersaiz kecil yang menjadi fenomena baharu ketika itu.

Famous Amos

Produk yang dihasilkan olehnya adalah resipi keluarga dan turut menarik perhatian selebriti serta pemuzik Hollywood.

Mula Membuat Biskut Untuk Cari Rezeki, Kejayaan Mendatangkan Hasil

Famous Amos

Dalam wawancara Detroit Black Journal 1991, Amos yang dilahirkan di Tallahassee, Florida mengakui dia bukan sekadar terkenal dalam perniagaan.

“Saya mula membuat biskut hanya untuk mencari rezeki dan gembira melakukan apa yang saya lakukan. Saya komited dan sangat gembira mengenainya,” katanya.

Amos juga merupakan seorang tokoh dalam budaya pop AS dan terkenal sebagai cameo dalam sitkom ‘The Office’ dan sebelum itu, dia juga muncul di siri ‘The Jefferson’ dan ‘Taxi’.

Amos menjual jenama biskut itu kepada kumpulan ekuiti persendirian 1988 selepas bertahun-tahun syarikatnya bergelut dengan masalah kewangan.

CNN turut menghubungi kelurga Amos dan Fererro, pemilik semasa Famous Amos Cookies, dan masih menunggu untuk mendapatkan komen lanjut.

Wally Amos dalam kenangan, tapi biskut Famous Amos takkan kami lupakan.

Sumber: Berita Harian / SAYS

Baca juga: Nasi & Sup Free Flow, Ayam Besar! Peniaga Ayam Penyet Master Jual Makanan Murah Niat Sedekah, Cepat Kaya Bukan Sasaran

 

tags: |