Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Rupanya Pengasas Sunquick & Hacks Orang Yang Sama, Insan Ini Sememangnya Kebanggan Malaysia

Rupanya Pengasas Sunquick & Hacks Orang Yang Sama, Insan Ini Sememangnya Kebanggan Malaysia

Kategori:
Sunquick

Jika menyebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer, kemungkinannya ramai yang tidak mengenali insan hebat ini. Tetapi, jika menyebut tentang jenama Sunquick dan Hacks, pasti ramai yang tahu kan?

Rupa-rupanya, pengasas bagi dua jenama jus dan gula-gula ini adalah di bawah orang yang sama iaitu di bawah Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer itu. Pemilik Kumpulan Barkath ini menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama.

Rupanya Pengasas Sunquick & Hacks Orang Yang Sama, Insan Ini Sememangnya Kebanggan Malaysia

Pada awalnya, bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50’an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini.

Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu.Sunquick

Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura.

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Bermula Dengan Kesungguhan Bapanya…Sunquick

Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks.

Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan telah berjaya memasarkannya ke lebih daripada 80 negara di seluruh dunia.Sunquick

Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri! Memang hebat dan lain macam Kumpulan Barkath ini.

Sumber: Vocket

Baca juga: Nasi & Sup Free Flow, Ayam Besar! Peniaga Ayam Penyet Master Jual Makanan Murah Niat Sedekah, Cepat Kaya Bukan Sasaran

tags: | |