Pada awal kemunculan Covid 19 di negara ini sehingga sekarang, penghantar makanan ataupun lebih popular sebagai rider makanan adalah antara pekerjaan tumpuan yang lebih cenderung diminati dalam kalangan remaja dan anak muda dalam mencari rezeki.
Berbicara tentang Foodpanda, seoraang wanita daripada negara republik, Singapura mencipta rekod duniaa selepas berjaya melakukan perjalanan jauh untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya di Antartika.
Menurut portal Utusan, wanita yang dikenali dengan nama Manasa Gopal melakukan penghantaran makanan paling jauh di dunia dari Singapura ke Antartika dengan menempuh perjalanan sejauh 30,000 kilometer dan merentasi empat benua.
Memetik laporan The National Bulletin tentang wanita rentas 30 ribu kilometer hantar makanan, Manasa turut berkongsi sebuah video yang memaparkan perjalanannya menghantar makanan ke tempat paling sejuk dan sepi di dunia itu, di laman Instagramnya.
Dalam video berkenaan, Manasa dilihat melakukan perjalanan sejauh 30,000 kilometer dengan membawa bungkusan makanan di tangannya.
Wanita itu memulakan perjalanannya dari Singapura ke Hamburg, Buenos Aires dan Ushuaia sebelum tiba di Antartika.
Dalam klip video itu, Manasa dilihat sedang merentasi beberapa jalan raya yang berais dan berlumpur. Ia sebelum akhirnya dapat menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.
“Saya membuat penghantaran makanan istimewa dari Singapura ke Antartika. Saya berasa sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan pihak @foodpandasg untuk menjayakan usaha ini.
“Agak jarang mendapat tempat terpencil di dunia sebagai lokasi penghantaran pesanan makanan.
“Sudah tentu ia menyeronokkan kerana berpeluang merentasi sejauh 30,000 kilometer dan empat benua untuk menghantar hidangan makanan Singapura,” katanya dalam catatan di laman media sosial itu berkenaan dirinya yang dapat rentas 30 ribu kilometer hantar makanan ke Antartika.
Tahniah kepada Manasa Gopal atas kejayaan rentas 30 ribu kilometer hantar makanan tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia