Walaupun dunia sedang bergerak maju, namun masih ramai di luar sana yang mengalami kesempitan hidup dan terpaksa mengikat perut demi meneruskan kehidupan. Tak mampu untuk berbelanja secara mewah, mereka juga perlu berpada-pada ketika makan. Hal tersebut amat menyedihkan.
Oleh itu, janganlah kita terlalu kedekut dan berkira dengan mereka yang susah. Jika mampu, apa salahnya jika bersedekah sedikit? Hal tersebut tidak merugikan, malah ia merupakan satu amalan mulia yang perlu ada pada semua. Jika melihat orang lain dalam kelaparan, hulurkan bantuan sepertimana yang telah dilakukan oleh seorang peniaga ini.
Terbaru, seorang lelaki, skyred520 berkongsi tindakan mulia seorang pekerjaa yang telah meletakkan satu memo dan memberi izin pada mereka yang kelaparan dan tidak mempunyai duit yang cukup untuk makan secara percuma.
Mungkin ingin bersedekah, pengurus dapur Restoran Fatimas berbuat begitu kerana sedar akan situasi segelintir pelanggan yang terpaksa berlapar dan tidak mampu untuk membayar makanan mereka. Oleh itu, individu itu beri izin pada pelanggan untuk makan secara percuma.
Terharu dengan tindakan mulia pengurus tersebut, lelaki itu mendoakan agar restoran itu terus maju dan sentiasa dimurahkan rezeki.
https://www.tiktok.com/@skyred520/video/7071526280641940762?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@skyred520Semoga Tuhan memberkati owner kedai ini♬ Bahagia – Eza Edmond
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kagum dengan tindakan pengurus tersebut. Tidak keberatan untuk bantu mereka yang susah, tindakannya mendapat pujian.
Ketika kita sedang berusaha mencari rezeki, janganlah lupa pada mereka yang sedang susah. Tak salah jika kita menghulurkan sedikit bantuan pada mereka. Hal tersebut merupakan satu amalan yang akan memberi kita pahala yang berterusan.
Kredit: TikTok skyred520
Baca Juga: Wanita Diejek Ketika Makan Di Restoran Sebab Guna Tali Safety Bila Keluar Dengan Anak