Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pengusaha Rojak Mak Bee Rupanya Emak Kepada CEO Malaysia Airlines, Kisahnya Jadi Inspirasi Ramai!

Pengusaha Rojak Mak Bee Rupanya Emak Kepada CEO Malaysia Airlines, Kisahnya Jadi Inspirasi Ramai!

Kategori: ,
Rojak Mak Bee

Rojak Mak Bee menjadi antara jenama rojak yang paling terkenal dengan kesedapan dan kelazatannya. Jika ke Penang, pasti orang ramai akan memborong Rojak Mak Bee untuk dijadikan ole-ole, misalnya.

Pengusaha Rojak Mak Bee Rupanya Emak Kepada CEO Malaysia Airlines, Kisahnya Jadi Inspirasi Ramai!

Rojak Mak Bee

Tetapi tahukah anda tentang pengasas Rojak Mak Bee? Kalau sebut sahaja CEO Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail, pasti ada yang tidak kenal dengan sosok tersebut. Namun, sebut sahaja Rojak Mak Bee, pasti kita tahu dan mengenalinya, bukan?

Rupa-rupanya, pengusaha Rojak Mak Bee adalah emak kepada Kapten Izham Ismail, CEO Malaysia Airlines. Nama penuhnya Bibi Abdullah, seorang Cina Muallaf berasal dari Baling, Kedah yang kemudian berhijrah ke Alor Setar.

Rojak Mak Bee

Bermula secara kecil-kecilan buat kuah rojak dan jual dari rumah, duit itulah yang membesarkan anaknya, Cikgu Mimi Ismail yang merupakan seorang guru dan Kapten Izham Ismail, yang kini merupakan seorang juruterbang dan CEO Malaysia Airlines.

Jual Rojak Secara Kecil-Kecilan Besarkan Anak-Anak

Rojak Mak Bee

Selepas Mak Bee meninggal dunia pada 2004, perniagaan diambil alih oleh Cikgu Mimi. Sehingga kini Cikgu Mimi memegang perusahaan yang merupakan generasi ke-3 Rojak Mak Bee.

Kini, jenama Mak Bee sudah mempunyai 3 buah kilang di Mergong dan baru sahaja membuka Mak Bee Restaurant, yang menjual makanan halal Cina Muslim.

Rojak Mak Bee

Perniagaan Mak Bee sedang mengorak langkah untuk membuka Mak Bee Cat Hotel & Spa tidak lama sahaja lagi di Mentaloon, Kedah.

Semoga perniagaannya terus sukses di samping membantu dan memperluaskan peluang kerja buat anak-anak Malaysia yang ingin mencari pekerjaan di luar sana!

Sumber: Fakta Bukan Auta

Baca juga: Netizen Imbau Kembali Kenangan Makan Di Kantin Sekolah, Banyak Nostalgia Datang Lepas Tengok Video Wanita Ini

tags: |